Kenyataan Dari Istana Alam Shah
Mesyuarat Dewan di-Raja Selangor yang diadakan pada 11 Ogos 2014 adalah merupakan mesyuarat berjadual yang telah diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor dan tidak membincangkan kedudukan YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim sebagai Dato' Menteri Besar Selangor.
YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim telah menghadap DYMM Sultan Selangor bagi menyembah maklum kepada Baginda bahawa beliau telah dipecat oleh Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan beberapa perkara berkaitan kedudukan Menteri Besar sebelum sidang Mesyuarat Dewan di-Raja
DYMM Sultan Selangor telah memaklumkan kepada Mesyuarat Dewan di-Raja Selangor mengenai keputusana Baginda untuk mengekalkan YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Dato' Menteri Besar Selangor.
Di sini juga saya mengesahkan bahawa pihak Istana telah menerima surat yang telah ditandatangani oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pada hari Ahad, 10 Ogos 2014 yang memohon untk Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi penerangan dan penjelasan yang telah diputuskan oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
Surat pemohonan ini telah disembah kepada DYMM Sultan Selangor pada hari Isnin 11 Ogos 2014 dan Baginda menitahkan supaya saya memaklumkan kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa Baginda tidak berkenaan menerima menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) untuk tujuan memberi penjelasan atas alasan YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim telahpun menghadap baginda berkaitan kedudukan beliau sebagai Dato' Menteri Besar Selangor.
Di samping itu, DYMM Sultan Selangor berpendapat bahawa pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merupakan isu dalamam parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor dan Datuk Seri Menteri Besar Selangor. Baginda tidak mahu campurtangan dalam isu dalaman Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.