`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 1, 2016

Pesawat Emas Sultan Johor Selamat Mendarat Di Senai



JOHOR BARU: Pesawat 'emas' Boeing 737 milik Sultan Johor selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai selepas terbang dari Amerika Syarikat.

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berada di lapangan terbang untuk melihat dan melawat pesawat berkenaan selepas ia mendarat pada kira-kira pukul 1:30 tengah hari di sini, Isnin.

Pesawat berwarna emas dan biru itu turut mempunyai lambang negeri di bahagian ekor dan bendera di bahagian badan.

Menurut laman web pemantauan radar penerbangan, pesawat itu sebelum ini terbang dari Los Angeles ke Hawaii sebelum ia meninggalkan Honolulu pada 27 Februari.

Pesawat itu akan diletakkan di tempat menyimpan dan menyelenggara kapal terbang bersama beberapa pesawat dan helikopter milik Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim berkata, pesawat terbarunya yang boleh menampung antara 25 hingga 30 orang akan digunakan untuk mempromosikan Johor.

"Saya ingin menjelajah dunia seperti nenek moyang saya yang pernah mengembara dengan kapal," katanya kepada The Star di sini.

Sultan Ibrahim berkata beliau juga boleh membawa bersama-sama pegawai kerajaan dalam perjalanan beliau.

Menjawab soalan sama ada baginda akan menerbangkan sendiri pesawat itu, juruterbang berkelayakan berkenaan menjawab: "Saya akan mengikuti latihan simulator di Brisbane sebelum saya terbangkannya."

Ditanya mengenai rancangan untuk mengadakan lawatan sulungnya menggunakan pesawat berkenaan, Sultan Ibrahim berkata: "Saya masih belum merancang perjalanan saya tetapi mungkin boleh terbang ke Pulau Pinang untuk menikmati nasi kandar."

Baginda juga berharap untuk membawa mereka yang kurang bernasib baik ke Mekah bagi mengerjakan haji menaiki pesawat itu.

Selain itu baginda berkata pesawat itu mengambil masa dua tahun untuk disiapkan termasuk 18 bulan bagi kerja pengubahsuaian dalaman.

Pesawat itu dilengkapi dengan ruang makan, bilik tidur dan ruang mandi.

Sultan Ibrahim adalah seorang pengumpul kenderaan mewah termasuk kereta, motosikal dan trak.

Pembeliannya sebelum ini adalah trak Mack paling mahal di dunia. - mstar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.