Australian Broadcasting Corporation (ABC) dalam laporannya yang dipetik Malaysiakini memperincikan transaksi akaun di Ambank di bawah kod nama “Mr X” yang dakwanya milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Wartawan Four Corners, ABC memperolehi rekod perbankan tersebut tetapi tidak mendedahkan sumbernya.
Perbelanjaan termasuk:
- Barangan kemas – RM3.2 juta (dibayar menggunakan kad kredit Platinum Mastercard dan Visa)
- Kempen politik – RM24 juta untuk Shine Solar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan NGO 1Malaysia bagi mengadakan kempen untuk BN
- Bayaran bagi media dan pengiklanan – jumlah tidak didedahkan
- Bayaran untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Liberal (LDP) – jumlah tidak didedahkan
- Yayasan Rahah – RM7.5 juta (Yayasan itu dan Najib pernah sekali mendermakan lembu untuk dikorbankan kepada polis Selangor sempena Aidiladha)
- Penginapan Hotel – RM395,782.40 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
- Beli-belah – RM360,000 dengan peruncit kain Jakel Trading
- Percutian – RM178,000 kepada agensi pelancongan Two One Holidays Malaysia
- Kereta mewah – RM167, 959,50 untuk kereta mewah daripada Signature Exotic Cars
- Ahli perniagaan, akademik dan peguam – jumlah tidak ditentukan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.