`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, March 4, 2016

Deklarasi Rakyat Tolak Najib Sebentar Tadi, Termasuk Khairuddin Aman Razali (PAS)



KUALA LUMPUR, Jumaat – Majlis Deklarasi Anti-Najib yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin berbeza fahaman politik hari ini telah bersepakat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya disingkirkan daripada jawatannya.
Antara yang hadir ialah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Seri Azmin Ali, Rafizi Ramli, Mohammad Sabu, Mahfuz Omar, Lim Kit Siang, Teresa Kok, Maria Chin Abdullah, S Ambiga dan Khairuddin Aman Razali.
Khairuddin Aman Razali
Teks deklarasi yang dibaca oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dan menyokong supaya penyingkiran Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.
Ini juga termasuk menyingkirkan ke semua individu yang terlibat dengan Najib dan memansuhkan semua undang-undang serta perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Deklarasi itu juga menuntut supaya pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan oleh pimpinan Datuk Seri Najib seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Persetujuan tersebut telah diambil kira berdasarkan isu skandal yang terpalit ke atas Perdana Menteri itu termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang sumbangan politik yang didakwa diterima daripada Putera Raja Arab Saudi berjumlah RM2.6 bilion.
Majlis menandatangani deklarasi yang dihadiri oleh 58 pemimpin dari pelbagai parti dan NGO telah diadakan di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya, petang tadi. (IH/ismaweb.net)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.