`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, April 8, 2016

Wanita ‘mengamuk’ di stesen komuter

Wanita itu membaling botol air mineral dan kerusi plastic serta beberapa kali menendang seorang lelaki dipercayai kakitangan KTMB.
VIDEO INSIDE
amuk
PETALING JAYA: Rakaman Video seorang wanita mengamuk dan bergaduh dengan seorang lelaki di sebuah stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad) menjadi perhatian pengguna media sosial.
Rata-rata netizen meluahkan tidak puas hati dengan aksi wanita berpakaian seksi itu melakukan provokasi terhadap seorang lelaki yang telah berumur dan dipercayai merupakan salah seorang pekerja di KTM di situ.
Video berdurasi 2.37 minit itu menunjukkan wanita berseluar merah dan memakai coli hijau tanpa berbaju membaling kerusi, botol air dan menendang beberapa kali ke arah lelaki tersebut.
Punca kejadian pergaduhan itu tidak diketahui.
Rata-nata netizen memuji kesabaran lelaki itu melayan ‘karenah’ provokasi wanita berkenaan.
“Syabas untuk Pak Cik yang sangat penyabar. Saya tahu pakcik boleh buat lebih dari dia, tetapi kalau buat mcm itu hati sahaja puas. Dari segi akhlak sama sahaja. Kipidap Pak Cik,” kata Siti Naza di Facebook.
“Bagus Abang ini tak balas ‘smackdown’ perempuan itu. Abang itu faham sedang bertugas dan jaga tatasusila kerja,” kata Razak Hj Kassim.
“Tabik Pak Cik baju putih. Walaupun perempuan itu sudah sampai tahap itu, Pak Cik tidak mudah nak tenangkan perempuan itu. Semoga panjang umur Pak Cik,” kata Cik Nisa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.