`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, October 22, 2016

Bajet "Sandiwara": Soalan Najib Makan Diri, MP Pakatan & PPBM Keluar Dewan

Semuanya bermula apabila perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak membuat pertanyaan siapa yang main sandiwara dan siapa yang tak ada substance. 

Pertanyaannya itu dijawab dengan spontan oleh Wakil rakyat pembangkang (kecuali PAS) yang bertindak mengangkat plakad “Siapa MO1”. 

Suasana Dewan Rakyat hingar bingar ketika itu. 

"Baru-baru ini, kita mendengar ada pihak yang membuat tuduhan bahawa Bajet 2017 adalah satu bikinan sandiwara, kononnya tanpa substance dan kerajaan tidak mempunyai wang mencukupi. 


"Malah ada pemimpin pembangkang menyebut pula, "Malaysia mengharungi ribut ekonomi yang sukar pada tahun ini. Sebenarnya siapa yang bermain sandiwara? Siapa tiada substance sebenarnya?," ujar Najib. 

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia cepat campur tangan dan meminta agar Najib yang juga adalah menteri kewangan tidak diganggu. 

Speaker yang gagal mengawal keadaan kemudian menjadi berang dan menjerkah: “Duduk yang berhormat”. 

Akhirnya speaker mencabar pihak yang tidak mahu mendengar pembentangan belanjawan itu boleh keluar dari dewan.

Wakil rakyat pakatan Harapan bersama Tan Sri Muhyiddin dari PPBM bagaimanapun benar-benar keluar dewan. 

Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara apabila wakil rakyat bertindak memulaukan pembentangan belanjawan. 

Tutut berbuat demikian adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dari PAS. 

Ahli Parlimen Semporna, YB Shafie Apdal dari parti Warisan pada awalnya masih berada di dalam Dewan Rakyat, tetapi turut keluar selepas itu kerana menurutnya beliau menunggu keadaan pintu yang sesak menjadi reda. 

Sewaktu di luar dewan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa ia adalah bajet yang tidak dapat dipenuhi kerajaan dan ia dilaksanakan untuk 2017. 

"Belanjawan ini mesti realistik, nampak baik beri macam-macam tetapi duitnya, hutangnya di mana? 

"Apa yang bersandiwara? Bukan kami. Kami mahu sandiwara yang dikatakan itu dijawab oleh kerajaan," katanya kepada pemberita. 

Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad pula berkata, ahli parlimen pembangkang keluar dewan kerana orang yang membentangkan bajet itu tidak layak untuk bercakap mengenai bajet. Beliau (Najib) adalah ketua kepada kerajaan kleptokratik. 

"Kita tidak akan dengar apa-apa yang sia-sia (nonsense)," tambahnya lagi. 

Sementara bekas timbalan perdana menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau turut melangkah keluar dewan bersama ahli Parlimen lain kerana apa yang ditawarkan Bajet 2017 tidak realistik. 

“Saya tidak bersedia mendengar apa-apa penjelasan lagi kerana saya percaya apa yang akan disampaikan itu tidak memberikan gambaran kedudukan realistik. 

“Rakyat digula-gulakan dengan tawaran tertentu tetapi sebenarnya kerajaan tidak punyai dana,” katanya lagi. 

Sementara itu, wakil rakyat PAS kekal berada di dalam dewan bersama-sama dengan wakil rakyat BN. 

Menurut Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Pas enggan untuk keluar dewan kerana bantahan boleh dilakukan melalui perbahasan secara ilmiah. 

"Pas mengambil langkah berbeza dengan pihak lain dalam memperlihatkan sikap kita terhadap Bajet 2017 dan YAB PM yang membentang bajet pada hari ini. 

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat turut menyifatkan terdapat perkara positif dalam pembentangan belanjawan tersebut. 

Sikap Pas terkini yang bercanggah dengan pendirian parti pembangkang lain menguatkan tanggapan banyak pihak bahawa parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mengamalkan pendekatan politik berbaik-baik dengan Umno-BN. Wakil rakyat Marang itu, bagaimanapun seperti biasa, tidak hadir. 

Najib berkata rakyat menilai tindakan wakil pembangkang, namun di media sosial ramai yang menjawab bahawa rakyat kini menilai tindakan Najib yang tidak menyentuh isu 1MDB dan gentar untuk mengakui beliau sebagai MO1 dan juga tindakan PAS yang nampaknya sudah mengkhianati amanah rakyat untuk menjadi pembela rakyat untuk menentang UMNO BN. 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.