`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!
Image result for selamat berpuasa

Saturday, October 15, 2016

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Image result for muhyiddin

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim.

Ampun Tuanku beribu-ribu Ampun, Sembah Patik Mohon Diampun.

Patik dan seluruh ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan penuh sukacita mengangkat sembah takzim serta merafakkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pemilihan DYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-15. Patik juga merafakkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di atas pemilihan Tuanku sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Patik berdoa semoga Tuanku berdua dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan dan dilimpahi rahmat serta inayah Allah s.w.t sentiasa. Mudah-mudahan Malaysia dan seluruh rakyat jelata diberikan nikmat keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran di bawah naungan Tuanku.

Ampun Tuanku, patik menjunjung kasih,

DAULAT TUANKU!

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia

15 Oktober 2016

FB Link: https://goo.gl/BNkFFT

No comments:

Post a Comment