`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, October 11, 2016

Sharifah Zohra “Listen listen”, kini penyokong kuat Tun Mahathir

sharifah-zohra-jabeen-syed-shah-miskinsharifah-zohra-jabeen-syed-shah-miskin
Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin “Listen listen listen” yang terbabit dalam klip video viral  akhir tahun 2012 menganggap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Setelah hampir 4 tahun Sharifah kini merupakan presiden Kelab Generasi Tun (GT), menyokong perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menentang Najib.
“Saya wujudkan Kelab Generasi Tun untuk berjuang menentang kemungkaran. Ia satu perjuangan untuk masa depan anak bangsa di negara ini,” katanya kepada Free Malaysia Today.
Kelab yang dinaungi bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu mempunyai keahlian 7,000 orang dan cawangan di 11 negeri.
Sebelum ini Sharifah pernah mengetuai sebuah pertubuhan bernama Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang kuat menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Sharifah menyifatkan insiden apa yang dilaluinya 3 tahun lalu sebagai lumrah kehidupan.
“Ia sekadar peristiwa, setiap orang ada peristiwa silam. Ia datang dan pergi dalam hidup saya. Sama ada isu listen itu ada atau tidak, saya menjalani hidup saya seperti biasa.
“Sebagai orang Islam, kita terima aturannya. Saya sama seperti anda, menjalani kehidupan sederhana. Saya akui Isu listen serba sedikit ada mendatangkan kesan tetapi bukan sepanjang masa,” katanya.
Beliau akur insiden itu menutup beberapa “pintu”.
“Saya rasa jika wanita lain dalam dunia ini yang mengalami fenomena ‘listen!’ ketika itu, saya rasa mungkin sudah lar,” katanya.
Menurut laporan FMT, Sharifah menceritakan bagaimana mereka yang pernah mengecamnya memohon maaf dan menjadi sahabat rapat beliau.
“Kejadian Listen mengajar saya menjadi kuat,” katanya, sambil menambah beliau juga mendoakan yang terbaik untuk Bawani.
“Sekiranya saya berdendam dengan beliau, sudah tentu saya sudah cari media buat kecoh.”
Sharifah berkata beliau beralih arah menentang pentadbiran sekarang disebabkan krisis ekonomi serta “pelbagai skandal” yang menyelubungi Najib.
“Majoriti rakyat sedar dan melihat keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, kos kehidupan yang semakin tinggi, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan skandal (1MDB) yang melanda, Malaysia ternyata perlukan perubahan dalam kadar segera.
“Sekiranya kepimpinan boleh memimpin dengan baik sudah tentu kita sokong,” katanya.
Namun Sharifah masih tidak boleh dianggap seorang penyokong pembangkang – beliau tidak benci kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Kita hanya mahu perubahan sebab terlalu banyak skandal serta isu yang gagal dijawab.”
Sebagai contoh, Sharifah berkata beliau sama sekali tidak menyokong perhimpunan Bersih 5.0 yang bakal dianjurkan bulan depan bagi mendesak pengunduran Najib.
“Kita tidak mahu kecelaruan berlaku di atas jalan raya, jika nak bersuara guna saluran yang betul,” katanya memberikan pendapat yang mencerminkan pendirian beberapa pemimpin BN.
“Memang kamu cakap perhimpunan itu aman tetapi akhirnya ia akan jadi kucar kacir.”
Bagi Sharifah, perhimpunan Bersih “jelas melanggar undang-undang” dan “boleh menyebabkan pertumpahan darah”
“Negara ada undang-undang, demonstrasi di jalanan tidak selesaikan masalah malah anda akan menyebabkan keadaan bertambah buruk,” katanya.
Beliau berkata Kelab Generasi Tun menolak demonstrasi jalanan.

“Jadi listen, listen, listen! Tolak perhimpunan jalanan,” katanya, lapor FMT lagi.

1 comment:

  1. Damage already done by you Sharifah Zohra and now you are dragging others in.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.