`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, December 9, 2016

Maria Chin dilarang pakai coli, seluar dalam ketika ditahan

maria-chin-jail© Provided by MToday News Sdn Bhd maria-chin-jail
KUALA LUMPUR: Maria Chin Abdullah mendedahkan beliau tidak dibenarkan memakai pakaian dalam ketika ditahan selama 10 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma, bulan lalu.
Pengerusi Bersih 2.0 itu berkata, 8 pegawai Cawangan Khas bergilir-gilir menyoal siasat beliau dari 9 pagi hingga 6 petang, selain dipaksa berjalan ke bilik soal siasat dengan gari dan memakai kaca mata hitam.
“Saya juga tidak dibenarkan memakai pakaian dalam dan ini membuatkan saya berasa sangat lemah terutama apabila semua penyiasat adalah lelaki,” katanya ketika berucap pada perasmian Laporan Hak Asasi Manusia Suaram 2016, hari ini.
Beliau berkata, walaupun kebanyakan penyiasat itu profesional, mereka bagaimanapun ada membuat beberapa komen yang tajam dan menyakitkan tentang keluarga serta rakannya.
Maria juga langsung tidak tahu di mana beliau berasa dan tidak dibenarkan menggunakan namanya.
“Jadi, peguam dan keluarga, malah anda sendiri tidak tahu di mana anda berada dan ketika di sana, saya hanya dirujuk sebagai 378. Malah, saya tidak dibenarkan menjawab apabila dipanggil dengan nama. Saya hanya 378.”
Beliau berkata, polis dilihat cuba membentuk satu teori konspirasi bagaimana Bersih 2.0 menerima pembiayaan daripada yayasan dikaitkan dengan jutawan, George Soros.
“Dari 2010 hingga 2011, kami menerima dana daripada Soros, tetapi kami sudah mengisytiharkannya.
“Pada 2012, kami memfailkan saman terhadap New Straits Times dan akhbar itu meminta maaf kepada kami kerana melaporkan kami mempunyai AS$20 juta. Sekarang ialah RM3.2 bilion daripada Soros dan kali ini (tuduhan itu) tidak akan berjaya.”
Turut hadir ialah aktivis, Hishamuddin Rais yang bercakap mengenai dana Soros.
“Pada 1967, saya tonton filem James Bond dan mahu menjadi seorang perisik.
“Saya lebih suka bekerja untuk CIA dan saya meninggalkan akaun bank saya di mana-mana dengan harapan Soros akan beri saya wang.
“Saya disoal siasat polis dan paling teruk saya masih tak dapat 1 sen pun,” katanya yang disambut dengan gelak tawa hadirin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.