`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, December 10, 2016

[VIDEO & GAMBAR] Konvensyen AMANAH Pertama Gilang Gemilang

Konvensyen Amanah Pertama telah dirasmikan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu di SACC Shah Alam pagi tadi dan akan berlansung hingga petang esok. 

Mengikut laporan yang dikeluarkan, seramai 1,200 perwakilan dan 2000 pemerhati turut hadir dalam konvensyen julung kali diadakan ini. 

Beberapa orang pemimpin Pakatan Harapan terdiri daripada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Ketua Pembangkang Parlimen Lim Kit Siang dan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad hadir buat kali pertama dalam konvensyen yang diadakan ini. 


Turut hadir barisan kepimpinan utama Amanah antaranya Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Setiausaha Kerja Mohd Anuar Tahir dan Pesihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang. 

Antara tetamu lain yang turut hadir Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, aktivis Hishamuddin Rais, Sasterawan Negara A Samad Said, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, Zaid Ibrahim , YB Rafizi Ramli dan beberapa lagi. 

Mohamad Sabu, di dalam ucapan perasmiannya melahirkan kebimbangannya terhadap gejala melampau yang mengkafirkan orang lain yang telah merebak ke negara ini. 

"Apa yang lebih dibimbangi juga ialah merebaknya pemikiran takfiri yang melanda sebahagian dunia Islam yang tempiasnya sampai ke negara kita. 

"Golongan ini dengan mudah mengaitkan perbezaan feqah politik dengan persoalan aqidah sehingga menghukum pihak yang tidak sependapat dengan mereka sebagai sesat, munafiq, musuh Islam, dan seumpamanya," ujarnya. 

Sehubungan itu, beliau menegaskan Amanah bersedia menjadi benteng yang akan menghalang sebarang bentuk kebencian kaum atau agama dari terus dijadikan agenda politik di kalangan rakyat. 

"Amanah menegaskan bahawa politik di Malaysia mestilah menolak sebarang bentuk unsur pelampau dan keganasan, sama ada atas nama kaum, mahupun agama," ujarnya. 

Selain itu beliau turut merasa pelik terhadap sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat keliru dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri berhubung pendekatannya dalam menuntut keganasan terhadap etnik Rohingya dihentikan. 

Menurutnya, Najib sepatutnya menggunakan kuasanya yang lebih wajar berbanding sekadar himpunan. 

"PM juga bertindak ajak demo sedangkan dia pimpinan kerajaan. 

"Dia boleh panggil duta Myanmar atau mengusir diplomat kerajaan Myanmar atau paling tinggi, panggil sidang OIC. 

"Turun tunjuk perasaan itu kerja aku. Dia tak tahu kadang-kadang dia PM ke atau tidak," bidasnya diikuti tepukan dan ketawa perwakilan yang memenuhi dewan SACC di Shah Alam hari ini. 

Beliau yang menyampaikan pidatonya dalam Konvensyen Nasional Amanah juga menyifatkan hal berkaitan diplomatik bukan melalui jalan raya. 

"Berucap (Himpunan Solidariti Rohingya) sikit-sikit takbir, sekarang semua takbir dah. Inilah kita lihat, nak kata tak cerdik, cerdik. 

"Kalau tak cerdik, bagaimana boleh sembunyikan wang. Hal diplomatik ajak turun ke jalan raya. 'Kawannya' pun serupa juga," sindirnya merujuk kepada Pas. 

Tun Dr. Mahathir di dalam sidang medianya memuji AMANAH yang sekalipun baru berumur setahun tetapi telah mempunyai bilangan ahli yang ramai. Beliau juga memuji ketegasan parti AMANAH melalui ucapan presidennya, Mohamad Sabu yang tegas dengan pendiriannya di konteks negara kita khususnya dan negara Islam amnya. 

Konvensyen Amanah kali pertama ini turut memilih Sdra Onn Jaafar, Pengarah Komunikasi AMANAH Johor sebagai Pengerusi Tetap dan Hj Yuhaizad Abdullah, Setiauasah Amanah Melaka sebagai Timbalan Pengerusi Tetap. 
GAMBAR-GAMBAR DAN VIDEO




1 comment:

  1. saya pendatang baru di ROOM ini ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada Aki Sholeh Paty , berkat bantuan No togel 4Dnya 9954 yang aki berikan ternyata benar2 tembus, saya tidak tau harus berbuat apa untuk membalas kebaikan AKI,awalnya saya kurang yakin dengan angka yang MBAH berikan, tapi ternyata alhamdulillah saya menang 4D lagi dan sionya, sudah berapa banyak peramal yang saya hubungi tidak ada satupun yang tembus malahan hutang-hutang saya bertambah banyak,kini kehidupan saya jauh lebih sukses dari pada sebelumnya ini semua berkat bantuan AKI SHOLEH PATY,bagi teman-teman pembeli kupon putih yang tidak pernah merasakan kemenangan 4D silahkan hubungi Aki Sholeh Paty di nomor : 0852-4466-9169-dan angka yang di berikan AKI SHOLEH PATY dalam7 putaran ini tidak perna meleset,anda jangan mudah tergiur dengan janji-janji saatnya kita perlu bukti hanya AKI SHOLEH PATY yang menjamin 100% kemenangan.kalau mau bukti hubungi sekarang. SEMOGA.JP

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.