`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 6, 2017

Arab Saudi tahan aktivis wanita cabar pengharaman pandu kereta

Negara teluk yang terikat dengan aliran Wahabi itu sehingga kini mengharamkan kaum wanita daripada memandu kenderaan.
Loujain-al-Hathloul

PETALING JAYA: Arab Saudi baru-baru ini menahan seorang aktivis wanita yang tidak lama dulu mencabar undang-undang negara itu yang melarang golongan wanita memandu kereta.
Loujain al-Hathloul ditahan Ahad lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahad di Dammam, sebelum menaiki penerbangan ke Riyadh di mana beliau dijangka disoal siasat oleh Biro Penyiasatan dan Pendakwaan Arab Saudi.
Dalam reaksinya, pertubuhan hak asasi antarabangsa Amnesty International berkata penahanan Loujain hanya memberikan isyarat jelas yang negara itu tidak berminat mempertahankan hak asasi dan kesamaan antara manusia.
“Beliau tidak dibenarkan berhubung dengan peguam atau ahli keluarga. Tujuan utama penahanannya masih tidak diketahui, tetapi Amnesty International percaya ia berkait dengan aktivisme kemanusiaannya.”
Pada November 2014, Loujain cuba memandu kenderaan dari UAE ke Arab Saudi, sebelum ditahan selama lebih 2 bulan, sebagai usaha mencabar pengharaman wanita memandu kenderaan.
Negara yang masih terikat dengan ajaran aliran Wahabi itu menguatkuasakan peraturan itu atas alasan menjaga maruah dan keselamatan golongan itu, di samping mewajibkan seseorang wanita ditemani muhrim dalam sesuatu perjalanan.
Arab Saudi baru-baru ini dilantik sebagai salah sebuah 45 negara anggota Suruhanjaya Status Wanita Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, mengundang rasa terkilan pelbagai pihak disebabkan rekod buruk negara itu dalam soal melibatkan hak dan layanan terhadap wanita. -FMT

1 comment:

  1. Emang yah..masalah itu gak perna selesai kalau gak berani mencoba,saya hampir bunuh diri gara-gara dililit hutang,saya sudah cari kemana-mana paranormal siapa tau ada yang bisa bantu saya melunasi hutang,dan secara kebetulan saya buka-buka internet,saya melihat postingan seseoran tentan Pak Agustan,katanya paranormal bisa memberikan bantuan melalui pesugihan dana ghaib,jadi saya memberanikan diri untuk tlpn saya menceritakan semua kekurangan saya,dan beliau membantu saya melalui dana ghaib dengan jumlah 1.milyar,syukur alhamdulillah saya sudah bisa bayar hutang,rencana mau bangun rumah sendiri dan mau buka usaha,karna cuma tinggal di kontrakan,anda terlilit hutang sudah lama belum terlunasi,jangan pusing lansung hubungi no: 0853-4290-1718 atas nama Pak Agustan dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda inginkan pasti tercapai..

    Inilah Jenis Pesugihan Tampa Tumbal Dari Pak Agustan
    1.Pesugihan Dana Ghaib
    2.Pesugihan Tuyul
    3.Pesugihan Uang Balik
    4.Pesugihan Penarik Uang
    5 Pesugihan Pelaris Usaha
    6.Pesugihan Putih
    7.Pesugihan Nomor Togel

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.