`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 27, 2017

Pesawat AirAsia Bergegar Macam Mesin Basuh, Ini Bunyinya – VIDEO

AirAsiaSebuah pesawat AirAsia milik Malaysia yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Australia berikutan masalah teknikal.

Menurut laporan media, seorang penumpang berkata beliau mendengar bunyi kuat dan pesawat itu bergegar seperti sebuah mesin basuh.
Pesawat Airbus A330 dari Perth itu mula dikesan mengalami masalah berkenaan kira-kira 90 minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.
Menurut jurucakap lapangan terbang, kerosakan terbabit disedari juruterbang pesawat berkenaan dan memutuskan untuk berpatah balik ke Perth. Ia disahkan sebagai kerosakan teknikal.
Ini adalah kali kedua membabitkan pesawat Airbus A330 di Australia bulan ini, selepas sebuah pesawat milik China Eastern membuat pendaratan cemas di Sydney.
Ia susulan penemuan sebuah lubang besar pada penutup enjin pesawat terbabit.
Berikut video amatur yang dirakam oleh salah seorang penumpang pesawat tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.