`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, June 12, 2017

SARAWAK KELUAR DARI TOURISM MALAYSIA

KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak telah mengeluarkan wakilnya daripada Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) yang berkuat kuasa serta-merta.
Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, penyertaan Sarawak dalam Tourism Malaysia disifatkan tidak perlu kerana peranan dan fungsinya bertindih dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak.
Tiada alasan lain dinyatakan tentang penarikan itu.
Langkah tersebut diambil selepas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menegur Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berhubung kenyataan pelaksanaan cukai pelancongan.
Abdul Karim telah menggesa Putrajaya untuk menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan berkuatkuasa pada 1 Julai di Sabah dan Sarawak.
Beliau menambah, Kerajaan Persekutuan mesti menghormati Perjanjian Malaysia 1963 kerana pelancongan hanya dipusatkan baru-baru ini.
Pada satu majlis yang diadakan di sini pada Ahad, Menteri Sarawak berkata, kabinet negeri akan membincangkan tentang pelaksanaan cukai pelancongan secara terperinci.
– ANN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.