`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, June 5, 2017

Saudi dan negara Arab lain putus hubungan dengan Qatar

Riyadh berkata ia bagi melindungi daripada 'keganasan' dan 'ekstremisme' dan mahu negara rakan menurut jejaknya.
saudi-bahrain-qatarDUBAI: Arab Saudi hari ini memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar termasuk segala hubungan laut dan udara.

Dilaporkan ia merupakan satu langkah yang wajar bagi melindungi kerajaan daripada keganasan dan ekstremisme.
Reuters memetik sumber rasmi berkata Arab Saudi memutuskan diplomatik dan hubungan konsular dengan Qatar untuk “meneruskan pelaksanaan hak kedaulatan yang dijamin undang-undang antarabangsa dan melindungi keselamatan negara daripada bahaya keganasan dan kumpulan pelampau”.
Arab Saudi juga menggesa semua negara sekutu dan syarikat untuk berbuat demikian.
Sementara itu, Bahrain dalam satu kenyataan turut memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, dan mendakwa negara Teluk Arab itu menyokong keganasan dan mencampuri urusan dalaman Bahrain.
Bahrain, juga memberikan 14 hari bagi rakyatnya yang berada di Qatar untuk meninggalkan negara itu.
UAE dan Mesir juga mengikuti langkah sama rakan sekutunya memutuskan hubungan dengan Qatar, mendakwa negara Teluk Arab itu menyokong organisasi “pengganas” termasuk Ikhwanul Muslimin, lapor agensi berita Mesir. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.