`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, June 26, 2017

TAK MASUK AKAL ATAU MATI AKAL?

Desakan dan luahan Majlis Peguam cukup mudah – jangan sesekali meremehkan tuduhan serius yang terkandung dalam saman sivil DOJ berkaitan 1MDB.
Tindakan meremehkan itu, jika diperhati, tergambar berdasarkan semua reaksi pihak berkuasa Malaysia terhadap tindakan DOJ tersebut.
“Dakwaan dalam saman DOJ itu melibatkan pegawai 1MDB, keluarga mereka dan rakan sekutu yang lain, termasuk juga yang digambarkan sebagai Malaysian Official 1 dan isteri Malaysian Official 1.
“Memandangkan cara saman sivil itu diremehkan, diketepikan dan dikecam oleh pihak berkuasa Malaysia tanpa menangani semua tuduhan yang dibuat itu, ia adalah tindakan yang tidak dapat diterima,” demikian desakan Presiden Majlis Peguam, George Varughese.
Beliau juga meluahkan kekesalannya terhadap media arus perdana yang  seolah-olah sepakat “menggelapkan” laporan mengenai tindakan DOJ itu.
“Semua ini membimbangkan kerana ia adalah tuduhan yang teruk. Intergriti dan kredibiliti institusi kewangan serta badan pengawalselia kita, di mata rakyat dan pemerhati global, adalah bergantung kepada respon pihak kerajaan kita mengenainya,” ujar beliau lagi.
Membaca dan meneliti apa yang diperkatakan George itu,  masuk akal atau tidak apa yang diluahkannya?
Tetapi, apa reaksi Peguam Negara, Apandi Ali tentang desakan berkenaan?
“Apa dan bagaimana hendak mengulas apabila Majlis Peguam memberi kenyataan yang tidak masuk akal,” kata beliau.
Jika Apandi mengatakan kenyataan Majlis Peguam itu tidak masuk akal, apakah jawapannya yang sebegitu rupa menunjukkan beliau “ada akal”?
Di mana yang tidak masuk akalnya kenyataan Majlis Peguam itu atau Apandi sudah “mati akal” untuk memberi jawapan yang berakal?
Adakah bagi beliau, hanya membersih dan menyucikan 1MDB saja satu-satunya jawapan yang masuk akal, meskipun seluruh dunia melihat ia sebagai tindak balas nakal dan tidak lebih semata-mata ingin menutup sesuatu yang gagal?
– Shabuddin

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.