`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 29, 2021

3 wanita cedera lif jatuh

Bomba menyelamatkan mangsa dalam kejadian lif jatuh di Wisma Elken, Jalan Klang Lama, petang tadi. (Gambar Bomba)

PETALING JAYA: Lima individu berdepan detik cemas apabila lif dinaiki mereka terjatuh dari tingkat dua di Wisma Elken, Jalan Klang Lama, petang tadi.

Dalam kejadian itu, tiga wanita mengalami kecederaan pada kaki manakala dua mangsa lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.

Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba II, Armdan Mahat, berkata Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 4.22 petang.

“Semua mangsa berusia lingkungan 28 hingga 61 tahun dibawa keluar kira-kira 4.35 petang, dengan tiga wanita yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Taman Desa kerana mengalami kecederaan di kaki,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau berkata, semua mangsa berjaya dikeluarkan pada 4.35 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan. - FMT 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.