`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, June 29, 2021

Bengang janji temu vaksin 2 kali ditangguh

 

Soh mendakwa janji temu untuk menerima dos pertama vaksin Covid-19 telah dua kali ditangguhkan.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki bengang selepas janji temunya untuk menerima vaksin Covid-19 ditangguhkan dua kali.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai I E Soh, 57, berkata, dia mendaftar untuk mendapatkan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera pada 26 Mei seterusnya mendapat janji temu dos pertama pada 20 Jun.

Bagaimanapun, katanya, pada 18 Jun dia menerima pesanan ringkas (SMS) daripada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menyatakan tarikh janji temu vaksin itu telah diubah ke 5 Jul dengan alasan pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Mini Putrajaya sedang diselenggara.

“Baru-baru ini, tarikh janji temu itu sekali lagi ditangguhkan, kali ini ke 14 Jul dan ini benar-benar membuatkan saya ‘bengang’.

“Kenapa atur janji temu untuk saya kalau balik-balik ditangguhkan? Saya rasa menyampah dan seperti orang bodoh kerana balik-balik mengesahkan janji temu tetapi kemudian tangguh,” katanya kepada FMT.

Soh mendakwa, penangguhan itu bukan hanya berlaku terhadap dirinya, malah beberapa rakan lain turut berdepan isu sama.

“Adakah sebab vaksin tidak mencukupi? Kalau tidak kenapa asyik membuat janji temu?

“Saya telah dua kali mengesahkan janji temu dan kali ketiga ini saya ambil sikap tunggu dulu kerana tiada gunanya saya mengesahkan tetapi kemudian ditangguhkan lagi.

“Perkara ini jelas memperlihatkan sama ada mereka yang menguruskan vaksin ini efisien atau tidak.

“Apa yang saya minta ialah tarikh janji temu yang tetap dan tidak ditangguhkan lagi,” katanya.

FMT sedang mendapatkan maklum balas Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) berhubung perkara ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.