`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 3, 2021

Mesej Untuk Rakyat Malaysia Khususnya Orang Melayu




My comments :

Saya ingin jelaskan sedikit berkenaan  "bencana besar" yang telah 'pecahkan tembelang'  kejahilan sistem kemasyarakatan kita (our entire 'ignorance based" social framework). 

Yang pertama adalah 'oil price crash' pada tahun 2014.  Apabila harga minyak dunia runtuh maka kewangan Kerajaan mengalami kesulitan yang serius. Sebab sistem poliitik kita telah "membunuh" begitu banyak industri dalam negara kita daripada mencapai potensi dan kemajuan maksimum yang setanding dengan abad 21 dan uptodate dengan kemajuan di negara lain.   

Antaranya yang paling teruk adalah industri perbankan negara kita yang makin berzaman batu.  Dan kini sedang "diganti" oleh sistem Ah Long yang makin 'professional' pula.

Juga pemikiran zaman batu dalam industri pengangkutan (keretapi, perkapalan, penerbangan) dan jangan lupa sistem gila b-bi AP untuk impot kereta dan cukai impot kereta yang memiskinkan rakyat negara kita. 

Industri perikanan pun lumpuh sebab dasar 'pilih bulu' yang menyebabkan ikan pun merentas negeri ke Thailand dan Indonesia. Akhir sekali kita mengimpot balik ikan dari Thailand dan Indonesia yang sebenarnya ikan itu adalah kelahiran perairan Malaysia. Ikan 'bumiputera' tetapi kembali ke tanah air ikut Thailand pula. Nauzubillah, hangpa punya bodoh.

Jadi selama 50 tahun yang sudah dasar Kerajaan yang bebal dan bebal telah menghancurkan kemajuan dan pembangunan pelbagai sektor ekonomi dan industri dalam negara kita. 

Akibatnya hasil Kerajaan tidak cukup untuk menampung keperluan ahli politik yang curi beratus juta Ringgit, perdana menteri yang curi berbilion Ringgit,  projek pembaziran yang menelan RM6 bilion untuk kapal yang tidak timbul pun dan (last but not least) untuk beri sedikit duit kepada penduduk negara yang kini sudah melebihi 32.75 juta orang.

Dan oleh kerana dasar ekonomi entah apa telah membantutkan  pelbagai banyak sektor ekonomi negara maka peluang pekerjaan baru pun tidak sekadar atau seimbang dengan pertumbuhan bilangan penduduk 32.75 juta itu. 

Sebab itulah sekarang lebih 1.9 juta graduan sahaja underemployed lah, unemployed lah, unemployable lah dan banyak lagi. What about the SPM graduates?  Pergi lah tengok kampong-kampong di Selama, Perak atau di Baling, Kedah atau di Jeli, Kelantan atau di Segamat, Johor. Bebudak lepasan SPM duduk di rumah, tak ada kerja, tak ada peluang apa pun. Nak hijrah ke Kuala Lumpur pun no point.  Yang masuk kolej dan universiti pun bukan ramai sangat. Majority duduk macam tu saja.

Jadi bila harga minyak runtuh pada 2014 Kerajaan sudah negative liquidity ia itu duit cash (tunai) sudah pupus. Maksudnya "technically bankrupt" - cashflow Kerajaan tak cukup. Maka dipaksa stesen minyak Kerajaan declare dividend luar biasa lah dan entah apa lah. 

Dan dalam keadaan panik itu PM yang terbanggang di dunia mengambil keputusan untuk siksa rakyat dengan cukai GST 6% pada 2015. Kononnya untuk 'widen the taxbase'.  Apa yang berlaku adalah harga barang telah melonjak naik sehingga 30%.  Purchasing power pengguna pula lebur.  Mydin Hypermarket telah mengalami kerugian yang pertama dalam sejarah mereka (sejak 60 tahun). Majoriti besar pembeli di Mydin adalah orang Melayu. Maksudnya Malay purchasing power telah hancur.

Dengan itu bisnes, kilang, kedai, gedong, pasar mini, supermarket mula tutup. Tup sini, tup sana, tup tup semua tutup. (Latest pula Tesco sudah "tutup" - dijual kepada Lotus dari Thailand).

Lepas itu datang pula kes 1MDB. Kes 1MDB telah membuktikan bahawa segala institusi dalam negara kita - institusi 'legal system', institusi Civil Service, sistem akademik, media dan akhbar, institusi 'separation of powers' semuanya sudah jadi compromised. Maksudnya sudah karat, sudah ditebuk ulat dan cacing. 

Dalam keadaan yang begitu lemah, terdedah, gementar dan gelap bagi seluruh rakyat marhaen, mereka yang berkasta tinggi, kaum kroni dan juak-juak pembawa alat kebesaran telah lupakan nasib rakyat marhaen sama sekali. They just could not care less for the rakyat marhaen.

Mereka bergegas dan berebut untuk menyelematkan duit mereka dulu. Duit rakyat yang dicuri dengan menggunakan "wahyu-wahyu yang indah" untuk menipu orang. 

So Kerajaan pun tumbang pada pilihanraya 2018. Tetapi yang mengganti Kerajaan lama pula tidak lain tidak bukan 'kicap pekat lama isi dalam botol baru'. Itu saja. Tidak ada sebarang perubahan dalam dasar yang telah membawa kepada kehancuran peluang hidup rakyat.  Jadi selepas 22 bulan 'kicap pekat lama isi dalam botol baru' di ganti oleh 'kicap cair' pula. Tetapi tak sampai tempoh 12 bulan kicap cair  pun makin basi. 

Langsung tidak ada satu pun daripada dasar-dasar lama yang telah pun: 

  • hancurkan peluang hidup rakyat
  • yang telah tongsampahkan pemerintahan kleptocrat dan 
  • yangt telah tongsampahkan 'ulang tayang filem "Atok"    
yang dibuang, dimansuhkan, dibatal, digubal atau dibuat apa pun. NO CHANGE IN POLICIES AT ALL.  Kapal Titanic terus belayar saja dalam keadaan ribut malam tanpa peduli iceberg kah, batu karang kah atau apa pun. Full speed ahead.

Lepas itu tiba pula Covid. Mula depa kata depa tak tahu Casino Genting masih beroperasi. Lepas itu bila dia bangun tidur dia perintah Genting ditutup pula - dengan hotel-hotel sekali.  Pasal apa pula? Hotel di Kuala Lumpur, di Pulau Pinang semua masih beroperasi.  Habis kenapa suruh Genting tutup? What happened to SOP? Ikut SOP lah. Pasal apa suruh satu tempat tutup tetapi tempat lain pula masih beroperasi.  And then 'lumba kuda' macam mana? Lumba kuda masih jalan ke tidak? Lumba kuda itu ada kaitan rapat dengan judi lah. Takkan awak tak tahu. 

And then dia suruh kilang beer tutup. Pasal apa pula? Siapa suruh awak minum beer? Beer itu minuman orang bukan islam. Dia punya pasal lah dia nak minum beer. Kilang minuman dalam tin macam mana pula?  Yang bubuh 12 sudu gula dalam setiap tin air minuman? Bagus untuk diabetik. Masih boleh beroperasi.

Jangan lupa Genting dan kilang beer itu menjana hasil kutipan cukai yang sangat lumayan bagi Kerajaan yang tak cukup duit. Kalau awak pi tutup Genting dan kilang beer maka hasil cukai Kerajaan akan berkurangan.  Kalau nak cakap pasal halal dan haram, habis ladang ternak babi macam mana? Tutup sekali? 

Whatever lah - tetapi hasil cukai Kerajaan makin terjejas.   

Jadi jauh, jaaauuuuuh sebelum wabak Covid tiba pun pimpinan Kerajaan yang berturut-turut telah "muliakan" upacara seppuku (bunuh diri)  - sambil belayar atas kapal Titanic. 



Bunuh diri pun, kapal Titanic akan tetap karam. Tak bunuh diri pun, kapal Titanic akan tetap karam. 

Cadangan says : awak semua bunuh-lah diri dulu. Lepas itu kita kena tukar haluan kapal. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.