Tuan-tuan, apabila saya baca berita berikut, saya terkejut beruk, tak tahu nak kata apa. Saya kongsi berita ini dengan isteri saya yang bukan saja berkelulusan undang-undang serta Masters in Education tetapi isteri saya telah menjalankan family business kami (perniagaan menjual emas) selama hampir 25 tahun. Meaning dia faham sangat lah berkenaan pinjaman bank, bayar hutang, interest rate dsbnya.
Isteri saya pun terkejut juga, susah nak faham bagaimana seorang Menteri boleh membuat kenyataan seperti ini.
Memang saya nak menyentuh perkara ini tetapi saya mati akal dari sudut mana atau "angle" yang saya patut mengulasnya. First kita baca sedikit kenyataan Menteri itu:
- peminjam wang berlesen jenama semula
- nama baharu "Kredit Komuniti" (OSTB : ceti??)
- Menteri kata penjenamaan semula tingkatkan kesedaran masyarakat
- KPKT prihatin keperluan masyarakat untuk pinjam wang
- penjenamaan semula akan bantu mereka memilih saluran sah katanya
- boleh pinjam tanpa had
- 12% dengan cagaran
- 18% tanpa cagaran katanya
- Bernama
OSTB : Anyway legalah saya bila membaca jawapan dan huraian oleh Tok Mat (Mohd Hassan - Timbalan Presiden UMNO dan juga ex-Maybanker seperti saya) yang faham dengan jelas kenyataan tanpa akal oleh Menteri KPKTPKPTKTKP itu. Ini kenyataan balas Tok Mat pula:
- Tok Mat sifatkan tindakan KPKT sangat tidak masuk akal
- Menghumban rakyat ke lembah hutang tidak bertanggungjawab, tidak bermoral
- “Berhutang dalam pandemik bukan jalannya,” katanya
Inikah namanya strategi pemulihan yang bertanggungjawab?
- Begitu ramai rakyat terpaksa pinjam dengan ceti berlesen
- Mereka terhimpit dengan kadar faedah yang sangat tinggi
- menggalakkan rakyat berhutang dengan ceti, bukan jalannya,” katanya.
My comments : Bukan saja kenyataan Menteri PKPTKPTK itu tidak masuk akal tetapi jelas sekali Menteri itu tidak faham langsung apa maksudnya kadar faedah 12%, kadar faedah 18% dsbnya.
She does not understand what she is saying.
Dengan begitu selamba dan senang Menteri kata :
- boleh pinjam tanpa had
- 12% dengan cagaran
- 18% tanpa cagaran katanya
12% ?? 18% ??
Baru tadi saya semak website Maybank2U yang menyebut :
- Base Lending Rate (BLR) 5.40% per annum
- Islamic Base Rate 1.75% per annum
- Indicative Effective Rate RM350,000 Housing Loan 30 Years - 3.25% per annum
- With effect from 9 July 2020
Inilah (lebih kurang) kadar faedah bagi pinjaman bank di Malaysia. BLR Maybank July 2020 adalah 5.40% sahaja. (Kena tambah lah "interest margin" 1% - 2%, total interest say around 7.4%). Housing loan 30 tahun pula effective rate hanya 3.25% per annum (indicative).
Dengan kadar faedah yang begini pun, peminjam menangis dan mengadu tidak boleh bayar hutang dan minta moratorium pinjaman bank untuk menghadapi pandemik Covid ini.
Tetapi Menteri PKPTPKKPTTKP pula dengan selamba saja cakap tuan-tuan boleh pinjam tanpa had, dengan bayar kadar faedah 12% (bercagaran) sehingga 18% (tanpa cagaran).
Tuan-tuan percayalah, kalau si-peminjam kena kadar faedah 12% per annum peminjam akan kencing darah. Kalau kena 18% per annum si-peminjam akan lagi cepat terjun dari tingkat tinggi.
Tuan-tuan saya suspect Menteri itu tidak akan faham maksud "per annum" pun. Saya suspect dia tak tahu pun apakah jadahnya beza antara 5.4% per annum ke, 7.4% per annum ke, 12% p.a. atau 18% p.a.
Jauh lagi dia nak faham flat rate ke, reducing balance ke dan sebagainya.
Saya setuju dengan Tok Mat. Cadangan Menteri itu memang tidak masuk akal.
Dalam keadaan kes bunuh diri meningkat atas sebab orang tak mampu bayar hutang Menteri itu nasihatkan rakyat marhaen yang memang frontliner menghadapi kesempitan kewangan pergi pinjam duit daripada ceti dengan kadar 18% per annum.
Dan untuk camouflage kepahitan keadaan, Menteri menukar nama ceti berlesen kepada "kredit komuniti" pula.
They really do not know what they are doing.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.