`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 14, 2021

Ahmad Faizal mempengerusikan mesyuarat parti di kediaman Muhyiddin

 

Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya akau mengeluarkan kenyataan media berhubung mesyuarat itu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu memaklumkan bahawa beliau mempengerusikan mesyuarat parti di kediaman Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata, satu kenyataan media berhubung perkara itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Saya mempengerusikan mesyuarat pengurusan parti.

“Lepas ini saya balik rumah makan goreng pisang,” katanya sambil berseloroh kepada pemberita di pekarangan rumah Perdana Menteri, Bukit Damansara, di sini hari ini, menurut Utusan Malaysia

Sebelum ini, media melaporkan satu mesyuarat Kabinet tergempar akan berlangsung petang ini, ketika kerajaan PN diketuai Muhyiddin difahamkan sudah hilang majoriti.

Kenderaan milik Ahmad Faizal dilihat keluar dari kediaman Muhyiddin pada jam 5.45 petang.

Sebelum itu, beberapa pemimpin kerajaan turut dilihat tiba di kediaman Muhyiddin itu.

Antaranya, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Mohd Redzuan Md Yusof; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Mohd Harun; Timbalan Menteri Pertahanan, Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Mohamed Azmin Ali. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.