`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, August 29, 2021

Jadikan kilang sebagai PPV jika punyai pekerja asing, elak kesesakan, kata PM

 

Ismail Sabri Yaakob berkata, pendirian kerajaan adalah jelas dan tegas bahawa sesebuah kilang itu hanya dibenarkan untuk beroperasi semula setelah mencapai 80 peratus kadar vaksinasi. (Gambar PMO)

PETALING JAYA: Semua kilang yang mempunyai pekerja asing, perlu menjadikan premis mereka sebagai pusat pemberian vaksin (PPV), kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam hantaran di Facebooknya, Ismail berkata ia bagi mengelak kesesakan di PPV yang berpunca daripada pekerja asing sebelum ini.

“Kilang-kilang seharusnya menyumbang kepada percambahan ekonomi dan bukan pusat penyebaran Covid-19. Oleh sebab itu, saya tegaskan agar semua pemilik kilang yang mempunyai pekerja asing menjadikan premis mereka PPV.

“Saya juga telah berjumpa dan berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan supaya pekerja asing tidak lagi perlu beratur dan menyebabkan kesesakan di PPV sebaliknya hanya mendapatkan vaksin di tempat mereka bekerja,” katanya.

Ismail berkata, pendirian kerajaan adalah jelas dan tegas bahawa sesebuah kilang itu hanya dibenarkan untuk beroperasi semula setelah mencapai 80 peratus kadar vaksinasi.

Beliau berkata pemberian vaksin secara pandu lalu juga akan dipertingkat dalam masa terdekat supaya rakyat tidak perlu menunggu lama, cukup sekadar 15 minit di dalam kereta dan boleh terus mendapatkan dos suntikan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.