`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 31, 2021

Ambang merdeka dirai dalam norma baharu, program berbentuk kerohanian

 

Sebelum penularan pandemik Covid-19, Pantai Murni, Yan, Kedah sentiasa menjadi tumpuan masyarakat setempat beriadah dan meraikan ketibaan Hari Kebangsaan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Sambutan ambang merdeka lazimnya diraikan dengan percikan bunga api dan perkumpulan ramai bagi menunggu detik 12 malam.

Bagaimanapun, bagi negeri yang mengadakan sambutan ambang merdeka, ia disambut dengan mengadakan program secara dalam talian berbentuk kerohanian susulan pandemik Covid-19 yang masih melanda negara.

Di Terengganu, program sambutan ambang merdeka peringkat negeri dimulakan dengan solat Maghrib disusuli solat hajat dan bacaan surah Yasin secara dalam talian pada 7.30 malam.

Sejurus selepas itu, forum mengenai kemerdekaan disiarkan secara langsung melalui laman Facebook rasmi Kerajaan Negeri Terengganu yang menampilkan selebriti Zizan Razak dan Ustaz Azhar Idrus sebagai ahli panel.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dalam kenyataan sempena hari bersejarah itu memaklumkan rakyat perlu terus berjuang melawan ‘penjajah baharu’ iaitu wabak Covid-19 untuk membebaskan negara daripada cengkaman pandemik.

Di Johor, kerajaan negeri mengadakan majlis bacaan surah Yasin, tahlil dan doa kesyukuran serta solat hajat di Masjid Sultan Abu Bakar yang dipimpin oleh Imam Besar Makhadzir Abdan Al-Hafiz.

Majlis itu dihadiri Menteri Besar Johor Hasni Mohammad, beberapa exco serta pegawai tertinggi kerajaan negeri.

Turut hadir Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Kesihatan Negeri Aman Rabu.

Di Kedah pula, majlis bacaan surah Yasin dan doa peringkat negeri secara dalam talian dipimpin oleh Imam Besar Masjid Zahir Roslan Abdul Halim. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.