`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, August 31, 2021

Rumah Prihatin sedia ‘ATM Beras’ untuk 15,000 golongan miskin di ibu kota

 

Pengasas program Rumah Prihatin, Annuar Musa berkata bagi individu yang terkesan tetapi tidak tersenarai dalam pangkalan data, mereka boleh datang ke Rumah Prihatin untuk mendaftar permohonan terlebih dahulu.

KUALA LUMPUR: Rumah Prihatin @ Grand Seasons akan menyediakan mesin bantuan beras yang dikenali sebagai ‘ATM beras’ untuk manfaat golongan 15,000 golongan miskin di sekitar ibu kota, bermula hari ini.

Pengasas program itu yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata program itu antara tiga inisiatif baharu yang disediakan di kemudahan terbabit.

“Sebanyak satu tan beras diperuntukkan sehari dan seramai 15,000 keluarga miskin yang tersenarai dalam pangkalan data Kementerian Wilayah Persekutuan secara automatik layak untuk memanfaatkan bantuan itu.

“Mulai esok (Selasa) kita akan melaksanakan satu projek secara percubaan iaitu mewujudkan ATM beras bersama NGO (badan bukan kerajaan) dan yayasan. Kita menempatkan satu mesin di foyer (ruang legar) hotel ini di mana mereka yang tidak berkemampuan yang memerlukan beras percuma.

“Dengan ATM beras, mereka yang benar-benar perlu beras percuma boleh datang dapatkan antara satu hingga lima kilogram (kg). Bawa bekas sendiri dan dapatkan bekalan beras percuma kepada warga kota,” katanya dalam sidang media sempena sambutan Malam Kasih Merdeka, semalam.

Dalam pada itu, Annuar berkata ATM beras itu akan beroperasi lima hari seminggu.
Katanya, mesin itu boleh digunakan 24 jam.

“Kita akan masukkan bekalan beras lima hari seminggu dua hari cuti,” katanya.

Annuar juga berkata bagi individu yang terkesan tetapi tidak tersenarai dalam pangkalan data, mereka boleh datang ke Rumah Prihatin untuk mendaftar permohonan terlebih dahulu.

Jelasnya, bagi mereka yang sudah mempunyai nama dalam pangkalan data, hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan sahaja dan wajah individu berkenaan akan direkodkan menerusi kamera.

“Boleh ‘walk-in’. ATM beras sudah ada sistem dan hanya perlu masukkan data orang miskin. Cuma datang dan akan ada satu kamera akan ambil gambar dan guna kad pengenalan.

“Nama yang yang tak tersenarai dalam sistem, mereka kena datang daftarkan butiran mereka secara manual,” katanya.

Selain ‘ATM beras’, Annuar berkata dua inisiatif baharu lain yang disediakan adalah menyediakan 10 bilik dengan kemudahan 20 katil khas kepada pesakit kanser yang datang ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima bantuan.

Majlis sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 itu turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim dan Timbalannya Jalaluddin Alias. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.