Jangan lupa baca kata-kata hikmah saya pada penghujungnya.
"p.s. Saya telah sebut tadi bahawa saya akan membuat sedikit ramalan. Ramalan saya ialah sedikit lama nanti Kerajaan kita akan di 'nasihati' untuk meminjam duit. Mungkin meminjam duit berbillion Ringgit.
Dan seperti biasa peminjaman berbillion ini akan melibatkan terbitan bon Islamic jenis 'sukuk' (sukuk bonds). Maka beban hutang bagi kita dan anak-cucu kita akan bertambah. Dan percayalah, sekali lagi golongan kaya akan meraih keuntungan besar. Mereka akan 'menghisap keluar' duit kita. Just wait and see. Old habits die hard. "
Lo and behold, semalam (Isnin 9 Ogos) seorang sahabat saya telah share berita berikut, berserta komen dia "Bro, your prediction came true! " :
- PJ : kerajaan pinjam RM11.5 bilion dalam tempoh 10 hari
- 27 Julai pinjam RM5.5 bilion
- 3 Ogos pinjam RM4 bilion
- 9 Ogos pinjam RM2 bilion.
- “Kerajaan PN pinjam RM11.5 bilion dalam tempoh 10 hari
- rujuk Forthcoming Auction Details web BNM
- pinjaman itu akan dibayar balik pada 2030 dan 2050
Ok saya setuju pinjaman itu dibuat SEBELUM saya buat ramalannya (kecuali that RM2b yang depa pinjam pada 9 Ogos) tetapi berita ini diketahui umum pada 9 Ogos 2021 juga. Saya pun tak tahu.
Jadi ramalan saya betul. Kerajaan memang pinjam duit besar.
Pinjaman RM11.5 Billion ini akan dibayar balik pada 2030 dan 2050. Apa maksudnya? Maksudnya generasi anak dan cucu kita akan tanggung bayar hutang ini. Future tax payments by our grandkids will be used to pay off this debt. Kita makin gadai masa depan anak cucu kita.
Ikut laporan berita itu juga Kerajaan telah pinjam hampir RM160 BILLION sejak awal 2021 !! (Sila klik di sini).
Dan apa pula guna duit pinjaman berbillion-billion ini? Sila baca baik-baik ok. Ini jawapannya.
Tuan-tuan jangan lupa hampir 97% Belanjawan Kerajaan (Budget) 2021 digunakan untuk bayar Operating Expenditure, terutama sekali untuk bayar gaji, pencen dan elaun Penjawat Awam dan kakitangan GLC.
- 2021 Budget total of RM322.5 billion
- RM314.5 billion for Operating Expenditure
- RM69 billion for Development Expenditure
- RM17 billion for COVID-19 Fund
- overall deficit of RM84.8 Billion
Ikut laporan dalam media, bayar gaji, pencen dan elaun Penjawat Awam dan GLC sahaja sekitar RM84.5 billion.
Dan sejak tahun sudah (2020) Penjawat Awam dan kakitangan GLC happy-happy duduk di rumah (sebab PKP, PKPP dsbnya) tetapi gaji tetap jalan. Setiap hujung bulan duit masuk secara ajaib sahaja ke dalam akaun. Happy sahaja Penjawat Awam kita dan kakitangan GLC dapat duit tapi tak payah kerja.
Gaji CEO GLC pun tetap jalan, walaupun mereka duduk di rumah (atau ada yang sempat escape bercuti ke London dsbnya). Tuan-tuan tahu tak gaji CEO bank GLC tertentu hampiri RM10 JUTA setahun !! Kalau campur elaun, bonus, kereta dengan driver, bayar medical, free holiday dsbnya pendapatan dia cukup untuk menjadi millionaire pada setiap hujung bulan !!
(Soalan : Gaji tuan-tuan boleh jadi milllionaire tak - lets say dalam tempoh 20 tahun bekerja? Ha ha ha!)
Anak orang lain pun duduk di rumah sebab PKP. Tetapi oleh kerana depa kerja dengan syarikat swasta gaji depa dipotong 50%. Rakan-rakan ofis yang lain pula sudah diberhentikan kerja. That is the real situation in the private sector.
Tetapi gaji Penjawat Awam dan kakitangan GLC tetap berjalan.
Jadi kalau Kerajaan tidak pinjam duit berbillion-billion, dan gadai masa depan anak cucu kita maka Penjawat Awam (Polis, Profesor IPTA, guru sekolah, Ketua Pengarah Kementerian, pegawai Jusa dan pegawai lusa, nurse, doktor hospital Kerajaan) tidak akan dibayar gaji. Gaji kakitangan GLC pun tak akan jalan.
Kerajaan tak cukup duit.
Jadi boleh kah Kerajaan mampu bayar gaji 1.6 Juta Penjawat Awam dan 1.3 Juta pekerja GLC? Memang tak mampu.
Kenapa pula saya sebut 1.3 Juta kakitangan GLC sekali?
Sebab GLC lah yang sering kena bailout dengan menggunakan duit rakyat - seperti MAS entah berapa billion, Tabung Haji RM19 billion, Felda RM6 billion, Perwaja sudah tutup - (syukur Alhamdulillah), kereta nasional sudah dijual (Allahu Azeem) dan banyak bailout lagi. Negara kita Malaysia memang jaguh dunia dalam acara sukan "bailout".
Tuan-tuan sudah lupa ke Danaharta, Danamodal dsbnya pada tahun awal 2000? Dana kepala bapak dia ke? Dana itu duit kita punya - duit rakyat. Depa ambil duit kita lepas itu depa buat 'dana kepala bapak' depa untuk bailout bank dan syraikat GLC lain yang tersangkut Asian Financial Crisis tahun 2000 itu. Jangan lupa ok.
Dulu masa World War 2, masa Jepun serang negara kita pada 7hb Disember 1941 mereka telah bom bandar-bandar seperti Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur dan Singapura. Dua kedai grandfather saya di tepi jambatan Sungai Kinta di Ipoh dan satu lagi di Sungai Siput di Perak turut musnah kena bom yang tersasar (collateral damage lah). Grandfather saya pun rugi besarlah. Ekonomi negara kita pun musnah.
Tapi sekarang kita tidak perlu Jepun datang mengebom dan musnahkan ekonomi kita. Kita sendiri boleh pi tebang 15,000 batang pokok durian. 15,000 batang pokok durian yang boleh menjana begitu banyak hasil bagi ekonomi negara kita dan juga hasil Kerajaan.
Tetapi sekarang bila Kerajaan tak cukup hasil cukai, Kerajaan kita yang bijaksana pi pinjam duit berbillion-billion lagi. Auzubillahi min al-syaitan nir rajeem. Punyalah bodoh.
Jadi semalam ada Menteri kata kemungkinanya pasar malam akan dibenarkan beroperasi semula.
Surau dan masjid pun akan dibenarkan operasi berjemaah. Maksudnya ekonomi warong (pasar malam) dan kain sarong akan dibenarkan beroperasi.
Tetapi pejabat perniagaan, pejabat akitek, engineer, peguam dan gedung runcit di shopping mall dsbnya tidak akan dibenarkan beroperasi.
Di sinilah saya lihat agenda politik mengatasi fikiran lojik dan rasional para pemimpin kita. Pasar malam lazimnya mewakili ekonomi peniaga kecil Melayu. Maka pemimpin politik Melayu takut akan kehilangan undi kaum peniaga kecil Melayu.
Begitu juga dengan surau dan masjid - keduanya adalah penting bagi penyokong parti lebai yang sekarang menjadi rakan politik parti pemerintah.
Walaupun keduanya ia itu masjid dan pasar malam sudah menjadi kluster tersendiri.
Di Kedah contohnya 15 ahli jemaah surau telah mati Covid 19. Begitu juga dengan ahli surau di Sg Pencala. Sebabnya ialah surau, masjid, pasar malam dan bazar menjadi tempat awam bercampur dan bergaul. Awam maksudnya complete strangers atau orang yang kita tidak kenali pun.
Masalahnya ialah kita tidak boleh pastikan bahawa mereka semua sudah divaksin dua kali. How can anyone be sure of that? Surau dan pasar malam boleh jadi super spreaders.
Maka lagi mudah virus itu akan merebak dan berjangkit dari seorang ke seorang yang lain.
Tetapi sebaliknya di ofis, pejabat dan tempat bekerja pula lazimnya kita tidak berjumpa dengan complete strangers atau orang yang tidak dikenali. Lazimnya kita hanya bergaul dengan rakan sejawat atau office colleagues. Selagi rakan sejawat kita semuanya telah divaksin dua kali dan mengikuti SOP maka risiko jangkitan Covid di ofis dan pejabat jauh lagi kurang daripada risiko di pasar malam dan surau.
Saya juga ingin kongsi sedikit maklumat kepada para Menteri kita yang tidak faham ekonomi atau bisnes.
Peniaga pasar malam adalah peniaga kecil. Contohnya kalau makcik jual nasi ayam boleh jual 20 ekor ayam di pasar malam itu sudah ok dah. Tetapi 20 ekor ayam kosnya kurang lebih RM250 sahaja. Kalau makcik nasi ayam dapat untung 100%, total sales dia kurang lebih RM500 sahaja. That is small business. Sumbangan GDP nya sikit.
Sebaliknya satu kontena saiz 20 kaki boleh angkut kain textile saja (large volume, lower value) yang nilainya mungkin RM50,000. Kalau kontena 20 kaki diisi barang elektronik, barang buatan kilang lain dsbnya nilainya mungkin berpuluh atau beratus ribu Ringgit. Bagi setiap kontena saiz 20 kaki, sumbangan GDP nya jauh lebih tinggi daripada warong pasar malam.
Tetapi pasar malam dan surau boleh menjana jauh lagi banyak undi daripada sebiji lori kontena.
Tetapi dalam kepala Pak Menteri dan ahli politik undi itu jauh lebih penting daripada ekonomi.
Kiri: Setiap kontena saiz 20 kaki sahaja boleh membawa barang bernilai berpuluh ribu Ringgit atau beratus ribu Ringgit - yang boleh menjana hasil dan cukai yang lumayan kepada Kerajaan untuk bayar gaji Penjawat Awam, kakitangan GLC dsbnya.
Kanan : Tetapi warong pasar malam bakal menjana lagi banyak undi kepada Menteri dan ahli politik.
Sambil Pak Menteri membenarkan pasar malam dan surau beroperasi mengikut SOP dengan syarat dua dos vaksin, begitu juga pejabat perniagaan, ofis, gedung dan shopping mall juga boleh dibenarkan beroperasi mengikut SOP dengan bersyarat dua dos vaksin.
Cuba fikir baik-baik ya - siapa yang menjana lebih banyak hasil dan cukai kepada Kerajaan kita? Warong kecil atau perniagaan yang lebih besar? Do not kill the goose that lays the golden eggs.
Kata-kata hikmah : Pak Menteri dan ahli politik tidak memikir dengan menggunakan kepala di atas bahu. Mereka lebih memikir dengan menggunakan kepala yang lagi satu.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.