`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 4, 2021

KPN, Panglima Angkatan Tentera tiba di Perdana Putra

 

Kenderaan yang membawa Peguam Negara, Idrus Harun dilihat memasuki Pintu 2, Istana Negara pada 9.30 pagi. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dilihat memasuki Perdana Putra, Putrajaya pada 9.20 pagi tadi.

Tidak lama selepas itu, kenderaan membawa Panglima Angkatan Tentera, Affendi Buang pula dilihat memasuki pintu utama bangunan Pejabat Perdana Menteri berkenaan pada jam 9.31 pagi.

Dalam perkembangan sama, kenderaan yang membawa Peguam Negara, Idrus Harun juga dilihat memasuki Pintu 2, Istana Negara pada 9.30 pagi ini.

Petugas media mula berkumpul di beberapa lokasi di sekitar ibu negara termasuk Istana Negara dan kediaman Muhyiddin Yassin sejak awal pagi tadi, selain pintu masuk utama bangunan Pejabat Perdana Menteri bagi meninjau lebih dekat perkembangan terkini politik tanah air.

Kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri dipersoalkan apabila Umno semalam membuat ketetapan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin. Keabsahan pentadbiran Muhyiddin juga menjadi tanda tanya apabila Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Nasarah meletak jawatan serta-merta.

Pergolakan politik tanah air terus memuncak apabila sekurang-kurangnya 11 Ahli Parlimen Umno difahamkan menghantar akuan menarik sokongan terhadap perdana menteri untuk diserah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan, Ahli Parlimen berkenaan ialah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Ahmad Maslan (Pontian) yang juga Setiausaha Agung Umno, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Najib Razak (Pekan), Azalina Othman Said (Pengerang), Mohd Nizar Zakaria (Parit), Azeez Abdul Rahim (Baling) dan Noh Omar (Tanjung Karang).

Ahli Parlimen lain adalah Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.