`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, August 2, 2021

Pasukan khas ditubuhkan siasat gengsterisme di Ipoh, kata polis

 

Polis menasihatkan orang awam agar tidak mendedahkan identiti peribadi dan membuat aduan sulit melalui kaedah tular di media sosial bagi tujuan keselamatan.

PETALING JAYA: Satu pasukan siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat kegiatan gengsterisme di Ipoh seperti dakwaan ditularkan seorang pengguna laman Facebook semalam, kata Ketua Polis Daerah Ipoh Yahaya Hassan.

Beliau berkata, pasukan siasatan khas itu ditubuhkan bagi mengesahkan kesahihan maklumat yang dikongsi pengguna Facebook bernama Meganathan Nathan dan mendapat perhatian umum.

“Polis memandang serius tentang aduan ini dan mengucapkan terima kasih kepada pemberi maklumat dalam perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, orang awam dinasihati agar tidak mendedahkan identiti peribadi dan membuat aduan sulit melalui kaedah tular di media sosial bagi tujuan keselamatan.

Yahaya turut mengingatkan orang awam supaya mengemukakan sebarang aduan atau maklumat melalui saluran yang betul dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-254 2222 atau e-mel kepada Ketua Polis Daerah Ipoh di kpdipoh@rmp.gov.my.

Katanya, maklumat mengenai kegiatan jenayah di bandar raya itu juga boleh disalurkan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ipoh melalui e-mel kbsjdipoh@rmp.gov.my.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook mendakwa terdapat kegiatan kumpulan kongsi gelap di Ipoh yang melibatkan golongan remaja dikenali sebagai Thilai Geng 04 sebelum ia tular dan mendapat perhatian umum.

Kumpulan itu dikatakan terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan kegiatan jenayah terancang selain turut didakwa cuba mempengaruhi remaja lain di kawasan sekitar untuk menyertai mereka. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.