KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin parti politik dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, malam ini.
Antara pemimpin yang hadir adalah Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu dan Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee yang tiba sekitar jam 8.40 malam.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden MIC, S A Vigneswaran pula tiba sekitar jam 8.50 malam.
Peguam Negara Idrus Harun tiba lebih awal sebelum itu iaitu sekitar jam 8.20 malam.
Terdahulu Umno mengumum menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.
Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata, susulan itu Umno menggesa Muhyiddin meletak jawatan secara terhormat selepas kegagalannya dan keingkaran kerajaan pimpinan beliau terhadap titah Agong supaya Ordinan Darurat dibahas dan diungkaikan.
Sementara itu Shamsul Anuar Nasarah dari Umno turut mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
Ia menyaksikan kedudukan kerajaan Muhyiddin semakin rapuh dan bakal tumbang bila-bila masa jika tiada majoriti. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.