`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, August 2, 2021

Suspek terakhir lari pusat kuarantin ditahan

 

Suspek ditahan di Kilometer 3, Jalan Papar Spur di Papar, hari ini. (Gambar IPD Penampang)

PENAMPANG: Suspek terakhir yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) akhirnya ditahan di Kilometer 3, Jalan Papar Spur di Papar, hari ini.

Suspek terbabit iaitu Mohd Rahman Basir, 24, ditahan pada 2.20 petang, hasil maklumat diterima daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Mohd Haris Ibrahim, berkata operasi memburu suspek dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Penampang.

Katanya, bertindak atas maklumat, operasi memburu suspek terus dijalankan sebelum berjaya menahannya.

“Kejayaan tangkapan terakhir ini berjaya menyelesaikan kes tahanan melarikan diri dalam tempoh 36 jam selepas dilaporkan pada 3.30 pagi semalam.

“IPD Penampang mengucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat yang membantu menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya suspek yang diburu sejak semalam,” katanya ketika dihubungi.

Haris berkata, keempat-empat suspek yang berjaya ditahan semula akan diambil tindakan pendakwaan mengikut peruntukan undang-undang.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai yang mempunyai kontak rapat atau pernah bertemu dengan keempat-empat tahanan berkenaan membuat ujian calitan Covid-19.

Dalam kejadian 3.30 pagi semalam, keempat-empat tahanan yang disahkan positif Covid-19 melarikan diri dari pusat berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.