`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, September 26, 2021

3.6 juta penerima BPR terima bayaran mulai 28 Sept

 

PETALING JAYA: Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 28 Sept ini secara berperingkat, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob..

Dalam satu kenyataan, beliau berkata pembayaran membabitkan rayuan BPR itu juga dijangka selesai pada 30 Sept.

Katanya, BPR fasa 3 memanfaatkan seramai 3.6 juta penerima sedia dan pemohon rayuan BPR yang diluluskan membabitkan peruntukan berjumlah RM2.82 bilion.

“Untuk fasa 3, setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300 termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima, mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak,” katanya.

Ismail berkata, pembayaran Fasa 3 ini adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban isi rumah.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sentiasa terbela,” katanya.

Beberapa bantuan tunai lain turut disalurkan kepada penerima yang layak antaranya Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) yang dijadual akan disalurkan pada Oktober hingga Disember ini, katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.