`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, September 11, 2021

Alat pengudaraan dalam terowong jatuh dilanggar treler

 

Alat pengalihan udara terjatuh dalam terowong di Jalan Sultan Yahya Petra, selepas dilanggar sebuah treler. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Sebuah alat pengalihan udara (air ventilation) terjatuh selepas dilanggar sebuah treler dalam terowong di Jalan Sultan Yahya Petra, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 11.03 pagi tadi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler dari arah Air Panas, Setapak menghala ke pusat bandar itu yang membawa muatan alat ganti penyejuk udara, terlanggar alat berkenaan.

Bahagian atas kontena treler rosak selepas melanggar alat pengalihan udara dalam terowong. (Gambar Facebook)

“Kemalangan turut mengakibatkan bahagian atas kontena lori treler itu terkoyak dan alat pengudaraan itu jatuh ke atas jalan.

“Kemalangan hanya melibatkan kerosakan pada bahagian kontena dan tidak melibatkan sebarang kenderaan lain serta kecederaan kepada pemandu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana memandu dengan cuai. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.