`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 26, 2021

Banjir kilat melanda Shah Alam

 

Keadaan di beberapa lokasi sekitar Shah Alam yang dinaiki air susulan hujan lebat petang tadi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Beberapa lokasi di sekitar Shah Alam dilanda banjir kilat akibat hujan lebat petang tadi.

Antara kawasan terjejas ialah sekitar Stadium Shah Alam di Seksyen 13 yang ditenggelami air setinggi 1.2m.

Jalan Persiaran Jubli Perak yang merupakan laluan dari Lebuhraya Persekutuan ke Seksyen 20 di sini, turut digenangi air setinggi 0.3m.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sembilan anggota termasuk pegawai dikejarkan ke tempat kejadian, selepas panggilan kecemasan diterima pada 5.09 petang.

Beliau berkata, anggota bomba turut memeriksa sebuah kenderaan di sekitar Stadium Shah Alam.

“Bomba yang tiba di lapan minit kemudiannya, mendapati sebuah kenderaan terkandas di kawasan tersebut.

“Pemandunya telah keluar menyelamatkan diri dengan tiada mangsa dilaporkan dan kawasan itu dinaik air setinggi 1.2m,” katanya dalam kenyataan yang dilaporkan Kosmo. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.