`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, September 12, 2021

Baru Bian positif Covid-19, tak dapat hadir sidang Parlimen esok

 

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian memaklumkan dirinya positif Covid-19 dan tidak dapat menghadiri persidangan Parlimen yang dijadualkan bermula esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakelalan itu berkata, saringan ujian RT-PCR menunjukkan beliau positif Covid-19 pada malam Jumaat, tiga hari sebelum sidang Dewan Rakyat.

Katanya, beliau hanya mengalami gejala ringan seperti selesema dan demam ringan bermula Jumaat lalu dan beransur pulih sejak semalam.

“Saya diminta menjalani kuarantin sehingga 21 September, jadi saya tak dapat menghadiri sidang Parlimen sehingga kuarantin selesai,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, ujian saringan itu sebahagian daripada prosedur yang diwajibkan sebelum persidangan Dewan Rakyat.

Baru turut yakin vaksinasi yang diterimanya beberapa bulan lalu berjaya mencegah kesan yang lebih serius sehingga perlu dimasukkan ke hospital.

“Saya sangat menggesa mereka yang belum diberi vaksin untuk mendapatkan vaksin. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda,” tambahnya.

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14, yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan bermula esok sehingga 12 Okt. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.