`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, September 21, 2021

Kadar penggunaan katil hospital antara faktor Kedah, Johor tak dapat beralih fasa PPN

 

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata penduduk di negeri berkenaan perlu menyedari kepentingan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi dan mematuhi semua protokol keselamatan ditetapkan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Antara faktor Kedah dan Johor masih belum beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah berikutan kadar penggunaan katil hospital termasuk di wad unit rawatan rapi (ICU) yang masih tinggi.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata ia meskipun kadar vaksinasi di kedua negeri itu berada pada tahap yang baik.

Sehubungan itu, katanya, penduduk di negeri berkenaan perlu menyedari kepentingan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi dan mematuhi semua protokol keselamatan ditetapkan.

“Kalau hanya cakap kenapa tidak beralih fasa sedangkan kita hidup dalam disiplin yang tidak dikehendaki, tentulah tidak capai keadaan (peralihan fasa) ini. Jadi masa depan peralihan fasa bergantung kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Bicara Naratif bertajuk Keselamatan Menyeluruh yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.

Beliau yakin penduduk di kedua-dua negeri itu juga sudah pasti mahu peralihan fasa bagi membolehkan mereka menikmati kelonggaran yang diberikan kerajaan.

Ketika ini, negeri-negeri yang diletakkan di bawah Fasa Satu PPN ialah Kedah dan Johor, Fasa Dua (Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Sabah), Fasa Tiga (Perlis, Negeri Sembilan, Sarawak) dan Fasa Empat ialah Labuan.

Sementara itu, Rodzi berkata sistem pertahanan dan keselamatan siber negara adalah setaraf dengan negara maju dan turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Di peringkat Asean, kita saling bertukar pandangan dan pengalaman malah input pengalaman Malaysia dirujuk negara lain seperti Singapura dalam menguruskan ancaman siber di negara mereka,” katanya, menurut laporan Bernama. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.