`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, September 8, 2021

LUAS ambil 4 sampel di Sungai Semenyih susulan pencemaran bau

 

Skuad Pantas LUAS menjalankan pemantauan statik dan pensampelan ujian bau di dua kawasan iaitu di Jambatan Ladang Bukit Unggul dan Jambatan Kampung Rinching Hilir.

PETALING JAYA: Empat sampel melibatkan tanah, aliran keluar minyak daripada premis, air di hulu sungai dan air di pertemuan keluar Sungai Semenyih diambil untuk dianalisis susulan insiden pencemaran bau di sungai itu minggu lepas.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan pencemaran itu selaras dengan Seksyen 79(1) (a) Enakmen LUAS (Pindaan) 2020.

“Jika disabitkan kesalahan (mereka yang terlibat) boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun dan didenda tidak kurang daripada RM200,000 dan tidak melebihi RM1 juta,” katanya di Facebook semalam.

Skuad Pantas LUAS menjalankan pemantauan statik dan pensampelan ujian bau di dua kawasan iaitu di Jambatan Ladang Bukit Unggul dan Jambatan Kampung Rinching Hilir serta pensampelan ujian bau yang dijalankan setiap sejam, katanya.

Bagi mengawal sebarang pencemaran ke Sungai Semenyih, skuad berkenaan telah meletakkan Serbuk Karbon Teraktif (Activated Carbon), Oil Boom dan Oil Pad di kawasan terlibat.

LUAS berkata, pihaknya akan terus komited dalam melaksanakan pemantauan 24 jam di lembangan sungai dalam memastikan kelangsungan sumber air di Selangor terpelihara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.