`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, September 21, 2021

Orang ramai beranggapan Dewan Rakyat dibelenggu politik rasuah, individu memperkaya diri, kata Ku Li

 

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Ahli Parlimen berikhtiar menghapuskan ‘ulat-ulat’ rasuah politik yang mengerumuni Dewan Rakyat demi membela maruah institusi itu.

PETALING JAYA: Orang ramai kini beranggapan Dewan Rakyat dimanipulasi dan dipengaruhi menerusi politik rasuah sehingga dipergunakan oleh individu tertentu sebagai pentas untuk memperkayakan diri, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

“Kita kini sedang menghadapi krisis di mana rakyat menganggap Dewan Rakyat gagal menjalankan tugasnya,” kata bekas Menteri Kewangan itu pada sesi Dewan Rakyat petang tadi.

“Sekiranya politik yang didendangkan di Dewan Rakyat dan oleh parti-parti politik itu sumbang, maka tidak mungkin kita boleh menyelesaikan masalah dihadapi rakyat,” katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali Ku Li, kesal kerana kemerosotan politik beretika di negara ini untuk sekian lma membawa kepada pihak tertentu mencemar institusi Dewan Rakyat demi keuntungan diri.

“Orang ramai sering merasakan bahawa Dewan Rakyat kini dipengaruhi dan dimanipulasi melalui korupsi politik. Mereka juga merasakan bahawa ia adalah cara memperkaya beberapa orang sahaja sementara orang ramai keciciran. Orang ramai percaya bahawa Dewan Rakyat kini dilanda kekotoran korupsi politik,” katanya.

Politik Malaysia dikatakan semakin dicemari dengan budaya lompat parti atau beralih sokongan dalam kalangan Ahli Parlimen sehingga menyaksikan tiga kali kerajaan bertukar sejak pilihan raya umum 2018.

Walaupun Pakatan Harapan memenangi PRU itu, ia hanya bertahan 22 bulan dengan sejumlah Ahli Parlimen gabungan berkenaan menyokong Muhyiddin Yassin yang membentuk kerajaan baharu tahun lalu.

Namun, kerajaan Muhyiddin hanya kekal 17 bulan apabila 15 Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepadanya, sekali gus membolehkan Ismail Sabri Yaakob dilantik Perdana Menteri ke-9.

Ku Li menggesa Ahli Parlimen berikhtiar menghapuskan “ulat-ulat” rasuah politik yang mengerumuni Dewan Rakyat demi membela maruah institusi itu.

“Kita perlu memulanya dengan memastikan kita mengamali politik betul dan lurus. Cara ini akan membantu kita dalam menentukan amalan dasar-dasar betul, baik dasar ekonomi mahu pun dasar kesihatan atau pendidikan.

“Politiklah akan menentukan apakah dasar-dasar ini dan bagaimana ia harus dilaksanakan. Sekiranya politik terjebak di jaringan korupsi segala kenyataan muluk-muluk di Dewan Rakyat tiada gunanya kepada rakyat,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.