`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, September 22, 2021

Penambahan 2.3 - 3.5 Juta Penduduk Dalam Kategori Miskin B40, Percayalah Majoriti Besar-Nya Melayu

 Tuan-tuan PM kita kata sejak pandemik Covid ini, 580,000 keluarga (household) M40 sudah masuk kategori miskin B40. Kalau se-isi keluarga itu terdiri daripada seorang ayah dan ibu serta dua hingga empat anak, jumlahnya antara 2.3 Juta - 3.48 Juta orang jadi susah.

Ini berita nya:



https://www.msn.com/en-my/news/national/covid-19-580-000-m40-households-fall-into-b40-category-absolute-poverty-rises-to-8-4pc-says-pm/ar-AAOF5dx

  • KL Sept 21 — 580,000 households in M40 slipped into B40 PM said
  • this translates to 20% of M40 households
  • absolute poverty also risen to 8.4% from 5.6% 
  • 20% (580,000) from M40 (incomes RM4,850 - RM10,959) shifted to B40 
  • absolute poverty rate :
  • 5.6% (405,441 households) in 2019
  • 7.6%  (525,743 households) in 2016.
  • absolute poverty increased to 8.4% from 5.6% 

My comments : Tuan-Tuan saya amat kurang yakin lah semua angka-angka ini. Saya rasa keadaan sebenarnya lebih kronik dan mengancam.

Tetapi jumlah orang yang menjadi absolute poverty memang meningkat. That is for sure.

Seperti saya sebut tadi, lets say setiap keluarga mempunyai 4 - 6 orang ahli, maksudnya 2.3 juta - 3.5 juta sudah masuk kategori miskin ketara.

Yang lagi mengancam ialah dari segi peningkatan pula, absolute poverty atau miskin ketara dari 5.6% ke 8.4% itu adalah (8.4 - 5.6)/5.6 x 100% = 50% INCREASE !!

Tuan-Tuan dengar baik-baik ok. 

SEJAK BERTAHUN LALU SAYA SUDAH MEMEKIK, MENJERIT DAN MELOLONG BAHAWA GST AKAN MENGHANCURKAN EKONOMI KITA.

SAYA  JUGA TELAH ULANG, MENGULANG DAN ULANG LAGI BAHAWA GAJI MINIMA AKAN MENINGKATKAN PENGANGGURAN DALAM NEGARA KITA. PENGANGGURAN MAKSUDNYA MISKIN LAH. 

LIHATLAH ANGKA-ANGKA YANG DI SEBUT OLEH PM KITA. 

Please read what the PM has said above.

Pada tahun 2016 jauh sebelum Covid 19, angka absolute poverty sudah mencapai 7.6%. 

  • Masa itu tidak ada Covid.
  • Masa itu kesan GST sedang memuncak. 
  • Juga kesan Gaji Minima.

Pada 2019 pula (apabila GST sudah dibatalkan pada 2018) absolute poverty menurun ke 5.6% - penurunan mendadak sebanyak 26%.

Jadi memang benar GST telah mengakibatkan kadar miskin meningkat dan pembatalan GST (2018) mengakibatkan kemiskinan menurun (2019). 

So sila awasi GST dan Gaji Minima.  

Jangan saja buat dasar sembrono tanpa memahami akibat buruknya.

Dan tolonglah jangan menebang 15,000 batang pokok durian. Orang kita semuanya akan menjadi lebih miskin.

Balik kepada keadaan hari ini. 

Pandemic Covid ini hanya mempercepatkan atau accelerate keruntuhan ekonomi kita terutama-nya ekonomi Melayu dan bumiputera.

Sedihnya majoriti besar pimpinan Melayu (pimpinan Melayu maksudnya Kerajaan, Menteri, Menteri Besar, Wakil Rakyat, Pegawai Kerajaan, Ahli Korporat, Akademik Melayu, NGO Melayu, NGO Islam, Ketua Kampong, Guru Besar, Imam Surau dan Masjid, keseluruhan puak lebai) semuanya tidak faham bagaimana caranya untuk bangunkan ekonomi. 

Sesudah menebang 15,000 batang pokok durian saya melihat video NGO Melayu Islam membuang minuman Coca Cola daripada sebuah kedai - kononnya untuk memboikot produk "Yahudi" yang menyokong Israel !!

Ini adalah satu pendekatan yang kurang peka dan tidak faham apa pun berkenaan apa pun. 

Kenapa pula untuk mereka mencari publisiti, orang lain pula kena tanggung rugi? 

Saya ada sedikit cadangan kepada NGO-NGO Islam yang sewaktu dengan mereka - kalau nak boikot barang buatan "Yahudi" dan Israel, sila buang semua komputer, smartphone awak dulu dan jangan gunakan Waze atau Google Maps. Sebab percayalah - kesemua produk ini mesti ada komponen dan software yang mempunyai kaitan dengan pengeluar "Yahudi" dan Israel.   

Jadi biarlah awak tanggung rugi dulu. Jangan suruh orang lain tanggung rugi dulu.

Balik kepada ancaman besar dalam negara kita, pimpinan orang Melayu masih tidak faham dan tidak tahu apakah cara untuk memulihkan dan membangkitkan ekonomi.

Sedih atas sedih, dalam usaha untuk memulihkan ekonomi, orang Melayu telan juga Poison Pill atau pil beracun yang mereka telan sebelum ini. Mereka jemput balik tikus-tikus yang telah merosakkan ekonomi negara untuk menjadi penasihat ekonomi, menteri, pengurus dsbnya.  

Maksud saya bukan saja cadangan melantik banduan (sudah didapati salah oleh mahkamah atas tuduhan mencuri dan tidak bayar cukai) menjadi penasihat ekonomi tetapi melantik semula dan kekalkan puak-puak dinosaur krepot menduduki jawatan tinggi dan berpengaruh dalam mengurus ekonomi negara kita. 

Puak-puak dinosaur krepot inilah yang bertanggung jawab menghancurkan ekonomi negars sejak berpuluh tahun yang sudah.   

Keadaan akan bertambah susah bagi semua orang dalam negara kita, terutama sekali orang Melayu dan bumiputera.

Kedegilan arrogance atau bodoh sombong yang tebal sudah pun membawa kehancuran ekonomi dan kesedihan.  

Bodoh sombong ini akan membawa kepada gejala kronik yang lain. Pecayalah. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.