`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, September 19, 2021

Pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula kepada awam

 

Pembukaan bagaimanapun tertakluk kepada peraturan tertentu termasuk pelawat lengkap divaksinasi dan dari daerah sama saja kata Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Jafry Ariffin. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Semua pejabat dan stesen Taman-Taman Sabah (TTS), termasuk pendakian Gunung Kinabalu telah dibuka semula kepada orang awam bermula 16 Sept lepas, kata Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Jafry Ariffin.

Beliau berkata kawasan Taman Pulau-Pulau Penyu di Sandakan dan Pulau Bohey Dulang, Semporna dan Sub Stesen Ulu Kimanis pula mula beroperasi semula esok.

“Bagaimanapun pembukaan taman itu terhad kepada peraturan yang telah ditetapkan seperti para pelawat yang lengkap divaksinasi Covid-19 sahaja dibenarkan. Pelancong domestik dari daerah yang sama sahaja (dibenarkan),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata jumlah pelawat ke destinasi itu juga dihadkan hanya seramai 100 orang pada satu hari untuk setiap destinasi lawatan.

“Semua aktiviti yang dibenarkan dalam taman tertakluk kepada prosedur prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian stesen TTS selaras dengan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 yang telah dikemas kini pada 11 Sept lepas,” tambahnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.