`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 7, 2021

Polis buru lelaki positif Covid-19 lari dari Hospital Lahad Datu

 

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Rohan Shah Ahmad, berkata lelaki itu datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Lahad Datu selepas mengalami gejala iaitu demam serta hilang deria rasa, dan susulan ujian calitan Covid-19, dia didapati positif.

LAHAD DATU: Polis giat mengesan seorang lelaki positif Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Lahad Datu semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Rohan Shah Ahmad, berkata Firdaus Abdul Halim, 30, melarikan diri pada 8.10 malam ketika pihak hospital sedang menyiapkan dokumentasi lelaki berkenaan.

Katanya, lelaki itu datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Lahad Datu selepas mengalami gejala iaitu demam serta hilang deria rasa, dan susulan ujian calitan Covid-19, dia didapati positif.

“Sewaktu proses dokumentasi dilakukan, lelaki itu bertindak melarikan diri dan pihak hospital membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan.

Rohan Shah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan lelaki itu menghubungi pegawai penyiasat polis, Marlisa Maedika di talian 016 2194554 dan kes disiasat bawah Seksyen 270 Kanun keseksaan.

Sementara itu di Tawau, Ketua Polis Daerah, Peter Umbuas dalam kenyataan berkata, semua tiga tahanan lelaki positif Covid-19 yang meloloskan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Dewan Arena Ahad lepas, berjaya ditahan semula.

“Tahanan warga Indonesia iaitu Hashim Muhamad Syata, 34, dan Niko Matheus, 25, ditahan semalam, penahanan Hashim pada 12.30 tengah hari di Tawau Lama dan Niko pada 5.30 petang di Kampung Kau Sing.

“Manakala Jimnajir Annor, 23, warga Filipina ditahan pada 1.30 tengah hari tadi di Batu 15, ” katanya.

Peter Umbuas berkata, tangkapan itu dilakukan pasukan khas operasi Ops Kesan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.