`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


22 May 2024

Monday, September 6, 2021

Pusat tahanan bimbingan akhlak Keningau cetus kluster

 

Masidi Manjun berkata satu kluster tempat kerja di sebuah ladang turut dikesan iaitu Kluster Koyah di Kinabatangan membabitkan 26 kes positif Covid-19.

PETALING JAYA: Sebuah pusat tahanan bimbingan akhlak di Keningau, Sabah dikesan mencetuskan satu kluster baharu Covid-19 dengan 29 kes positif direkodkan semalam, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun.

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata, kes indeks bagi Kluster Pagar Sebrang adalah seorang pegawai penjara berusia 40 tahun di pusat berkenaan yang dikesan positif pada 25 Ogos sejurus menjalani saringan kontak rapat.

“Punca disyaki bagi penularan kluster ini ialah jangkitan ahli keluarga kepada kes indeks yang kemudian menjangkiti rakan sekerja, penghuni penjara di bawah jagaan pegawai itu dan ahli keluarga beliau yang lain,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, satu kluster tempat kerja di sebuah ladang turut dikesan iaitu Kluster Koyah di Kinabatangan membabitkan 26 kes positif Covid-19 berpunca daripada kes indeks seorang pekerja lelaki berusia 43 tahun yang disahkan positif pada 20 Ogos.

Dalam pada itu Masidi berkata, Sabah mencatat 2,136 kes positif Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 159,421 dan kes sembuh ialah 2,941 orang menjadikan jumlah kumulatif pesakit pulih 127,312 orang, manakala 4,831 lagi masih menerima rawatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.