`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, September 2, 2021

Sabah benarkan letak kerusi, meja di luar restoran

 

Masidi Manjun berkata bagaimanapun pemilik atau pengusaha restoran masih perlu mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.

PETALING JAYA: Restoran di Sabah diberikan kebenaran meletakkan kerusi dan meja di ruang legar atau kaki lima premis masing-masing mulai hari ini selepas negeri itu mencapai kadar vaksinasi lengkap melebihi 40% populasi dewasa, kata Masidi Manjun.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga jurucakap Covid-19 negeri itu berkata, bagaimanapun pemilik atau pengusaha restoran masih perlu mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.

“Syarat-syaratnya termasuk pemilik premis telah menyewa tapak berkenaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selain tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Masidi berkata satu kluster baharu direkodkan di negeri itu iaitu Kluster Sawit Kinabatangan 2 yang merupakan kluster tempat kerja di ladang sawit Mukim Sukau, Kinabatangan membabitkan 124 kes positif sehingga semalam.

“Kes indeks merupakan seorang lelaki warga Indonesia berusia 19 tahun yang mula bergejala sejak 18 Ogos sebelum disahkan positif Covid-19 dan dirujuk ke Hospital Kinabatangan pada 23 Ogos untuk rawatan lanjut,” katanya.

Masidi berkata, sebanyak 2,430 kes positif Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif 150,273 kes, 2,415 pesakit sembuh menjadikan kumulatif 117,344 orang, manakala 4,885 orang masih menerima rawatan.- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.