`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 29, 2022

Nik Nazmi tanding Naib Presiden PKR

 

Nik Nazmi Nik Ahmad berkata PKR perlu diperkukuhkan sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-15.

PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan parti itu Mei ini.

Beliau berkata, keputusan itu diambil susulan “detik-detik kekecewaan” yang dilalui PKR sejak dua tahun lalu termasuk “Langkah Sheraton” dan kekalahan dalam siri pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.

Katanya, PKR perlu diperkukuhkan sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Pengumuman sahabat saya Rafizi Ramli yang bawa saya masuk parti pada usia 19 tahun untuk kembali aktif bertanding timbalan presiden telah disambut dengan sangat positif. Bukan hanya anggota parti tapi orang ramai yang mahu alternatif politik BN dan PN.

“Saya berhasrat untuk bantu usaha tersebut dan dengan ini saya mahu tawarkan diri bertanding naib presiden parti,” kata Nik Nazmi di saluran YouTubenya, hari ini.

Nik Nazmi berkata, beliau juga mahu ahli PKR menawan semula pengundi bagi mendepani PRU15.

“Saya yakin ini gandingan terbaik, Presiden Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Rafizi Ramli, dengan gandingan pasukan pelbagai kaum dari Perlis hingga Sabah, lelaki dan wanita, saya yakin kita mampu untuk terus buktikan Keadilan bukan sahaja relevan hari ini tapi relevan masa depan,” kata Ahli Parlimen Setiawangsa itu.

Pemilihan parti bagi penggal 2022-2025 akan berlangsung dari 13-18 Mei.

FMT sebelum ini melaporkan, kempen “Ayuh Malaysia” dilancarkan oleh Rafizi pada Sabtu lalu memberi bayangan pasukannya yang akan bertanding pada pemilihan parti itu.

Sumber memberitahu FMT, ini termasuk empat pemimpin yang akan bersaing jawatan naib presiden iaitu Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Tanjung Malim Chang Lih Kang, bekas Ahli Parlimen Kapar G Manivannan dan Nik Nazmi.

Spekulasi tersebar luas bahawa Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mencabar Rafizi untuk jawatan timbalan presiden. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.