`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 29, 2022

85,700 calon akan duduki SPM sesi kedua

 

Radzi Jidin berkata semua calon terbabit atau 21.1% daripada keseluruhan calon akan menduduki SPM sesi kedua. (Gambar Bernama)

MELAKA: Seramai 85,700 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menduduki peperiksaan sesi kedua yang dijadualkan pada 5 April hingga 19 Mei ini.

Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin berkata calon tersebut merupakan mereka yang terpaksa menjalani kuarantin akibat Covid-19, terjejas banjir serta mendapat kebenaran khas daripada Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Sepertimana yang kita tengok, semua calon ini atau 21.1% akan menduduki SPM sesi kedua dan tidak bermakna calon akan menduduki semua kertas peperiksaan. Mungkin ada satu atau dua kertas yang perlu mereka duduki pada fasa kedua sebab mereka positif Covid-19 atau terkesan akibat banjir.

“Insya-Allah kita yakin bahawa sesi kedua ini juga dapat dilaksanakan dengan selamat dan teratur,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran Pengurusan SPM 2021 Sekolah Menengah Teknik Melaka di Bukit Piatu di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata seramai 23,885 guru pula akan terlibat sebagai pemeriksa kertas peperiksaan bagi memastikan pemarkahan dapat dilakukan dengan baik dan keputusan peperiksaan dapat dikeluarkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Jelasnya, kumpulan guru yang dipilih itu mengikut kepakaran bidang masing-masing dan akan terlibat sebagai pemeriksa bagi kedua-dua sesi peperiksaan, manakala pertambahan guru pemeriksa akan ditambah mengikut keperluan semasa.

“Meskipun sesi peperiksaan akan berlangsung dua sesi, kementerian menerusi Lembaga Peperiksaan telah memutuskan keputusan peperiksaan yang melibatkan lebih 400,000 calon seluruh negara akan dikeluarkan serentak,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.