`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 21, 2022

Yang dipertua, timbalan positif, sidang DUN N9 ditangguh

 

Persidangan pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan yang ke-14 dijadual bermula hari ini hingga Khamis. (Gambar Bernama)

SEREMBAN: Persidangan pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang ke-14 ditangguhkan ke suatu tarikh baharu berikutan Yang Dipertua DUN Zulkefly Mohamad Omar dan Timbalannya M Ravi disahkan positif Covid-19.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata, beliau dan Setiausaha Kerajaan Negeri Razali Ab Malik telah menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi memaklumkan perkara itu serta mendapatkan perkenan penangguhan persidangan kali ini pagi tadi.

Beliau berkata, persidangan DUN negeri itu sepatutnya dijadual bermula hari ini hingga Khamis dengan acara perasmian pembukaan persidangan oleh Tuanku Muhriz.

“Selain mereka berdua (Zulkefly dan Ravi), terdapat 23 petugas termasuk ketua jabatan di negeri ini dijangkiti Covid-19. Penangguhan persidangan DUN ini pertama kali berlaku di negeri ini disebabkan pandemik Covid-19.

“Jika ikut peraturan, yang dipertua DUN sementara boleh dilantik tetapi memandangkan ramai petugas dewan dijangkiti Covid-19 jadi persidangan terpaksa ditangguhkan,” katanya kepada pemberita.

Aminuddin berkata, selain itu terdapat Rang Undang-Undang (RUU) Pemegangan Tanah Adat 2022 dan penggubalan RUU akan dibentangkan pada persidangan kali ini memerlukan kehadiran yang dipertua DUN dan timbalannya itu.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga mendapat kerjasama daripada Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan bagi menyediakan perkhidmatan jurubahasa isyarat untuk memastikan golongan orang kurang upaya dapat mengikuti perkembangan persidangan DUN kali ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.