`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, August 1, 2022

17 ditahan, barang subsidi lebih RM1.5 juta dirampas di Johor

 

Kamarul Zaman Mamat berkata, dua daripadanya mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah, manakala warga asing terbabit menyalahgunakan dokumen perjalanan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis Johor merampas barang kawalan bersubsidi, diesel, rokok dan arak seludup bernilai lebih RM1.5 juta dalam empat serbuan di sekitar negeri itu.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata Op Kontraban yang dilancarkan 28 Julai hingga hari ini turut menahan 17 individu di sekitar Iskandar Puteri, Kulai, Batu Pahat dan Johor Bahru.

Mereka terdiri daripada 15 lelaki tempatan, seorang wanita tempatan dan seorang warga asing berumur 28 hingga 53 tahun.

“Semakan rekod ke atas semua suspek mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah, sementara warganegara asing itu menyalahgunakan dokumen perjalanan,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Kamarul Zaman berkata, sebanyak 117,600 liter diesel, 24 botol dan 1,274 karton arak pelbagai jenama, 15 lori, 1 lori tangki, 18 tangki minyak, enam pam minyak dan hos yang keseluruhannya bernilai lebih RM1.5 juta turut dirampas.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 135 b(1)(d) dan Seksyen 35 (1)(c) Akta Kastam 1967.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM100,000 (mana lebih tinggi) sehingga tidak lebih 20 ganda nilai suapan atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, jika sabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 22 (1) akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.