`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, January 20, 2024

Afnan ketua Pemuda PN baharu

 

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menyampaikan surat pelantikan kepada Afnan Hamimi Taib Azamudden, sambil diperhatikan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Gerakan Dominic Lau. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden dipilih sebagai ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) baharu berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin berkata pelantikan itu dibuat selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PN malam semalam.

“PN mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan menzahirkan penghargaan kepada Ahmad Fadhli Shaari di atas sumbangan serta jasa bakti yang dicurahkan sepanjang memikul amanah sebagai ketua Pemuda PN dari 26 Januari 2022 sehingga semalam,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.