`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, January 20, 2024

Perluas bandar pintar tarik minat guna AI, kata ahli akademik

 

Kerajaan menyasarkan sejuta rakyat akan mengikuti program literasi AI selama empat jam hingga hujung tahun ini. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik berpandangan kerajaan perlu memperbanyakkan inisiatif bandar pintar dijana kecerdasan buatan (AI) untuk mendekatkan lagi orang ramai dengan teknologi baharu itu.

Ketika ini, kerajaan menyasarkan untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai bandar pintar menjelang 2030 menggabungkan konsep hijau serta kepintaran.

Inisiatif dirancang termasuk penggunaan bas elektrik Kuala Lumpur, Wangsa Maju sebagai bandar perintis rendah karbon, penambahan pemasangan kamera litar tertutup di Kuala Lumpur dan Putrajaya, serta pemasangan Wi-Fi di projek perumahan rakyat dan perumahan awam di Labuan.

Pensyarah Fakulti Seni Bina Landskap Universiti Putra Malaysia Mohd Johari Mohd Yusof berkata menerusi inisiatif bandar pintar tadbir urus serta kemudahan pengangkutan, sistem kesihatan, dan pelupusan sisa pepejal akan dijana AI.

Menurutnya, manfaat daripadanya yang akan memudahkan kehidupan seharian akan menyebabkan lebih ramai mahu menggunakan teknologi berkenaan sekali gus mencapai sasaran kerajaan meningkatkan penggunaannya bagi pembangunan negara.

“Saya tak nampak kenapa penduduk tak minat untuk berada dalam bandar pintar tersebut.

“Kena lihat apabila aplikasi AI diterapkan dalam bandar pintar kehidupan penduduk dipermudahkan dan kualiti hidup juga meningkat,” katanya kepada FMT mengulas langkah perlu diambil kerajaan untuk meningkatkan penggunaan AI.

Selasa lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika melancarkan program AI untuk rakyat berkata kerajaan menyasarkan sejuta rakyat akan mengikuti program literasi AI selama empat jam hingga hujung tahun ini.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah Yuserrie Zainuddin menyifatkan Malaysia perlu laju ke hadapan dalam penggunaan AI, dengan memanfaatkan potensi di peringkat pengajian tinggi.

“Semua pelajar perlu diberikan pendedahan serta pengajaran tentang AI untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian,” katanya yang melihat Malaysia bersedia memanfaatkan teknologi baharu itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.