`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 17, 2024

3 dipanggil berkait dakwaan perkahwinan Tengku Mahkota Pahang

 

Yahaya Othman
Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata pihaknya sedang membuat pemprofilan dan giat mengesan pengguna Instagram dengan nama Faridah Daud. (Gambar Bernama)

BENTONG
Polis mengambil keterangan tiga individu berhubung satu hantaran tular mendakwa perkahwinan diraja Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dengan seorang wanita kononnya akan berlangsung April depan.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata semua individu itu dipanggil Ahad lepas bagi membantu siasatan hantaran yang dimuat naik pengguna Instagram dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_l).

Beliau berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sekarang kita sudah ambil tiga keterangan, kes ini masih dalam siasatan. Kita sedang buat pemprofilan dan juga giat mengesan Faridah.

“Diharap orang ramai dapat bekerjasama bantu kita menyalurkan maklumat (mengesan Faridah) untuk mempercepat proses siasatan,” katanya dalam sidang media di IPD Bentong.

Istana Pahang pada 10 Dis lalu menafikan hantaran tular mendakwa perkahwinan diraja membabitkan Hassanal dengan seorang wanita.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mohamed Zahari Yahya, dilaporkan berkata wanita itu menerusi hantarannya menerangkan majlis perkahwinannya bersama Tengku Hassanal.

Menurut hantaran pada cerita Instagram berkenaan, wanita itu mendakwa akan melangsungkan perkahwinan April depan dan secara fitnah menyebut nama Tengku Mahkota Pahang sebagai pasangannya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.