`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 10, 2024

Kes bunuh pelajar: Pegawai penyiasat padam video perlanggaran

 

Mohd Nazri Abdul Razak
Mohd Nazri Abdul Razak didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie di Jalan Taman Jati 1 berhampiran SMK Jati, Ipoh, pada 15 Dis 2023. (Gambar Bernama)

IPOH
Seorang pegawai penyiasat trafik memberitahu Mahkamah Tinggi beliau memadam dua rakaman video insiden perlanggaran melibatkan seorang pelajar Tingkatan 5 yang maut di tempat kejadian.

Inspektor Jong Pit Chao, 37, berkata beliau tidak menyimpan rakaman video itu kerana bukan lagi pegawai penyiasat kes dan menyerahkannya kepada pegawai penyiasat baharu iaitu ASP Chua Sze Chuan dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ipoh.

Saksi pendakwaan ke-29 itu yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ipoh ketika kejadian berkata kedua-dua rakaman diperoleh daripada seorang pemandu wanita kereta jenis Mitsubishi Triton yang meletakkan kenderaan di lokasi kejadian semasa perlanggaran berlaku.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Mior Faridalathrash Wahid pada perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis berpangkat DSP Mohd Nazri Abdul Razak, 45, yang didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie,17, di Jalan Taman Jati 1 berhampiran SMK Jati, antara 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari 15 Dis 2023.

Mior: Puan tahu ini bukti di mahkamah?

Jong: Tahu. Saya bukan pegawai penyiasat dan saya majukan kepada ASP Chua yang kendalikan siasatan ketika itu.

Saksi itu berkata apabila satu kertas siasatan dibuka, perlu ada satu klasifikasi kes untuk memulakan siasatan dan bagi kes ini, berdasarkan laporan maklumat awal kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagaimanapun, beliau berkata skop siasatan turut mengambil kira kemungkinan wujud elemen bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Saya terima maklumat mengatakan berlaku perlanggaran berhampiran SMK Taman Jati melibatkan sebuah kereta dengan motosikal.

“Apabila saya sampai ke lokasi, kejadian ini merupakan satu kejadian yang luar biasa, luar biasa yang saya maksudkan ialah daripada pengalaman saya sebagai pegawai penyiasat trafik, di mana kenderaan yang terlibat dalam kejadian ini termasuk juga kereta dan motosikal tiada di lokasi kejadian,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet bersambung esok. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.