`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 10, 2024

Wanita khuatir orang ramai tak percaya jika buat repot terhadap Ebit Lew

 

ebit lew
Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan mangsa dengan menghantar perkataan dan gambar lucah kepada wanita itu melalui WhatsApp antara Mac dan Jun 2021. (Gambar Bernama)

TENOM
Seorang wanita memberitahu Mahkamah Majistret beliau memang berniat membuat laporan polis terhadap Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, mengenai gangguan seksual pendakwah itu pada April 2021 namun khuatir orang ramai tidak akan mempercayainya.

Bagaimanapun, wanita berusia 40-an itu, yang merupakan saksi pendakwaan kesembilan dan pengadu dalam kes berkenaan, berkata beliau kemudian nekad membuat laporan polis pada Ogos tahun sama dengan bantuan sebuah pertubuhan bukan kerajaan selepas berita gangguan seksual seorang pendakwah terkenal yang mengaitkan nama Ebit tersebar sekitar Julai.

Beliau memaklumkan demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Saksi itu juga memberi penjelasan mengenai jawapan ‘tidak setuju’ kepada soalan peguam Ram Singh sebelum ini yang mencadangkan bahawa tujuan beliau membuat laporan polis adalah untuk kepentingan dirinya.

“Saya tidak setuju sebab saya betul-betul dipengaruhi oleh dia semasa memberi gambar tanpa kerelaan dan saya membuat laporan bukan untuk kepentingan diri saya,” katanya.

Saksi juga berkata beliau tidak meminta semula gambar yang diberikannya kerana berpendapat Ebit tidak menyimpan gambar tersebut.

Wanita itu berkata, beliau membalas mesej Ebit dengan nada main-main kerana pada awalnya beranggapan tertuduh adalah seorang ustaz dan pendakwah yang baik.

Ebit, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan mangsa dengan menghantar perkataan dan gambar lucah kepada wanita itu melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung pada 15 hingga 17 Jan depan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.