`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Monday, December 16, 2024

Qari terkenal pilih Malaysia hab bangun perisian bacaan al-Quran

 

Sheikh Mishary Rashid
Sheikh Mishary Rashid Alafasy (dua dari kanan) dan Mohd Izzairi Yamin (kanan) bertukar dokumen untuk membangunkan perisian membimbing bagi meningkatkan bacaan al-Quran.

PETALING JAYA
Qari Al-Quran terkenal Sheikh Mishary Rashid Alafasy secara rasmi mengumumkan Malaysia sebagai hab inisiatif teknologi terbaharunya untuk bangunkan perisian berbentuk keagamaan dijana kecerdasan buatan (AI).

Ilmuwan Islam dari Kuwait itu berkata pemilihan Malaysia bertepatan statusnya yang sedang berkembang maju dalam landskap teknologi global.

“Ekosistem teknologi Malaysia yang pesat berkembang, digabungkan dengan warisan Islamnya, menjadikan negara ini lokasi ideal untuk merealisasikan visi ini.

“Saya berbesar hati melancarkan inisiatif ini bersama negara yang progresif seperti Malaysia,” kata pengerusi Al-Afasy Group Berhad dalam kenyataan.

Inisiatif Sheikh Mishary itu akan membangunkan aplikasi membimbing bagi meningkatkan bacaan al-Quran dan turut menyediakan sijil bagi mereka yang ingin mendapat pengiktirafan rasmi.

Ciri-ciri lain termasuk analisis dan panduan masa nyata untuk meningkatkan ketepatan bacaan, pelajaran untuk semua peringkat dan boleh diakses pelbagai bahasa di seluruh dunia.

Pengasas bersama Al-Afasy Group Berhad Mohd Izzairi Yamin berkata keputusan Sheikh Mishary – antara figura Islam berpengaruh di dunia, mewujudkan operasi teknologinya di Malaysia menyerlahkan potensi negara menerajui inovasi dalam dunia Islam.

“Pemilihan Malaysia oleh Sheikh Mishary menonjolkan bakat tempatan yang cemerlang, infrastruktur strategik dan komitmen negara terhadap kecemerlangan teknologi.

“Kerjasama dengan tokoh dihormati sepertinya boleh membantu Malaysia menarik perhatian dan pelaburan antaranbangsa sekali gus jadi peneraju kemajuan teknologi Islam,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.